Walau di mana sahaja..dari lopak hinggalah ke lautan samudera..ianya terduga, kadang mengasyikkan jua..walau pun hati dah tentulah kecewa..usah ditanya bila akhirnya..KUMPAU!!!!, terimalah ia seadanya...hehehe


Wednesday, December 31, 2008

Jom Menjala

Lokasi : Sungai Serting Hilir
Tarikh & Tempoh: 28 Dec 2008 / dari 3 petang
Bot & Tekong :
Aktiviti : Menjala Ikan Sungai
Peserta : Abah & Angah & Zahar & Aku

Menjala ni meredah sungai dalam 2/3 km..ikan sungai ni sedap gak terutamanya kalau goreng atau masak gulai lemak dengan pucuk daun ubi kayu..kono pulak yang podeh omak masak..huhu, tapi kena jaga jaga banyak tulang..antara ikan yang boleh dapat di jala termasuklah ikan terbul, lampam, sulur batang, masai, ikan putih, pernah ada kaloi, pernah gak sebarau, tilan, ikan pasir, pun pernah gak udang galah..ape ntah lagi..abah la yang selalu dapatnya..
Parking kereto dulu
Pro la start dulu..yang lain bagi laluan..hehe

OK..yang amatur follow belakang..hehe

Tebar jangan tak tebar..praktis dari mula sampai nak balik kang..hehe

Satu tebaran jala yang kurang menjadi..tapi tak sempat nak shoot gambo..hehe Dalam airnyo tu Antara ikan yang dapat..gambo ikan selonggok tak sempat nak shoot..hehe
Nilah dia dari awal menjala tadi sampai nak balik..tebar jala asyik tak menjadi..dah tu jomlah balik..lain kali la pulak praktis..hehe
Sekian laporan pendek aktiviti menjala di suatu petang sewaktu pulang ke kampung..hehe

Monday, December 15, 2008

Semalaman di Sea Lion

Lokasi : Kolam 3, Sea Lion Klang
Tarikh & Tempoh: 12/13 December 2008..pakej RM60 dari pukul 12 tengah malam ke 7 pagi ..(7 jam)
Bot & Tekong :
Ringkasan : Umpan Udang Hidup & Belanak jual di kolam RM1 seekor..Ikan tak berapa frenzy..hasilnya, Edi(sekor jenahak)/Usop(sekor ikan merah)/Pak Ya (sekor jenahak)/Saya(1st time pergi kolam air masin & dapat 1 ekor bangau)..mancing menggunakan pelampung yang boleh di beli di kedai dekat kaunter..

Suasana malam..punya la ramai orang dengan banyak kolam..macam berpesta pulak..hehe
Lepak depan pintu masuk..sebelah sini ainya dalam sket..hujung lagi satu cetek sket..jenahak banyak berada sekitar sini..hujung sana pot siakap..
Bergambar dengan ikan..lesen jenahak buat si Edi yang diperolehi di saat sat akhir sebelum nak balik...tahniah beb!!..hehe
Saki baki masa sebelum nak balik..dalam masa kecederaan..
Dah siap nak balik..bini yang pakai topi merah tu dah tunggu kat rumah nak mintak hantarkan g kojo..cepat woii..hehe
2 Jenahak, satu Merah, satu Winston..yang Winston tu aku punya
Ikan Merah Bro Usop..dapat kat sangkar tengah kolam..

Sekian, ada rezeki repeat lagi..

Monday, December 1, 2008

Pertandingan Memancing Gamin FC

Sempena Family Day Gamin Fc dari 28,29,30 (Jumaat, Sabtu dan ahad) November, 2008, salah satu akivitinya adalah pertandingan memancing terbuka di antara warga Gamin FC..waktu pertandingan bermula dari Jumaat petang sehingga ke Ahad pagi sebelum aktiviti penutup, iaitu majlis penyampaian hadiah..piala kemenangan di berikan kepada pemenang pertandingan ini..umpan yang disediakan adalah pumpun dan udang hidup..aktiviti ini rupanya mendapat sambutan yang hangat daripada ahli Gamin FC..semuanya tanpa berputus asa berusaha memancing dengan berjemur dan mancing sambil berendam untuk mendapatkan ikan..aduhla dah berendam tu habis la reel semua kena service..tapi tak kisahlah janji enjoyy..terima kasih buat semua peserta terutamanya Pak Tih, Pakcik Rosli dan semua penyumbang hadiah dan dana...tqqqq..

Suasana selepas subuh di hari kedua (Sabtu)...aduhla pepagi dah ada yang buat hal cari makan pasang jaring bebetul depan lokasi pertandingan(sebelah kanan gambar tu)..hempess
Angah mengunakan rod berapa kaki ntah, ambil lajak..hehe
Letak kat pancang

Pak Lang menunjuk ke arah sampan yang tengah pasang jaring..sambil mungkin kata katanya 'dah pasang jaring camano nak dapek ikan ni, angah apo kato ko baling batu ladung ke sampan tu guna rod panjang ko ni'..heheIndahnya susana pagi..lain lain pemancing kebanyakannya masih membuta..sambung tido selepas subuh tadi..Pakcik Rosli di kiri gambar tengah 'baca air' sebelum campak umpan..hehe
Dah cerahh.suasana tempat memancing di depan khemah
Ramainya orang menjala ikan bebolosNi abah dapat sajoo teraiii dengan menjala, jala yang siap dibawa dari kampung
Pak Tih yang berbangga memecahkan rekod peserta pertama menaikkan ikan
Man yang memberi saingan sengit
Penat memancing..rileks dulu la
Ayi dengan hasil tangkapan haruan tasik 15 kilo..ikan ini yang memberikan kemenangan kepada beliau..hehe
Masih ada yang mengejar masa mencuba menaikkan ikan untuk dipertandingkan walaupun di bawah panas matahari yang terik..
Akhirnya penamat kepada pertandingan ini, Ayi memperolehi tropi kemenangan..sekalung Tahniahhh..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...