Lokasi : Kuala Merchong, Rompin,Pahang
Tarikh & Tempoh: 07 dan 08 September 2013 / 8am-5pm Sabtu dan Ahad
Kaedah: Hanyut(Drift)/Appollo
Ahli Trip : Gue, Hilmi, Zuri,Edi dan Man
Kos : RM340 seorang cover bot/makan & minum/chalet/kos minyak transport
Ringkasan:
Trip ni menumpang anjuran group pancing dari Penang diuruskan oleh Bro Roslan. Makan minum terbaik, kerana puas makan ketam masak sambal dan chalet pula asalkan boleh berehat melepaskan penat. 1st day tertinggal 2 set pancing kat luar pintu chalet tapi dapat semula atas bantuan pihak pengurusan chalet. Terpaksa menggunakan set multiplier yg mana terbaik sepatutnya adalah menggunakan set spinning siri 4000 dan ke atas. Trip sukses kerana ikan layaran berjaya dinaikkan oleh ahli trip.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.