Walau di mana sahaja..dari lopak hinggalah ke lautan samudera..ianya terduga, kadang mengasyikkan jua..walau pun hati dah tentulah kecewa..usah ditanya bila akhirnya..KUMPAU!!!!, terimalah ia seadanya...hehehe


Sunday, December 13, 2009

Menjala Raya Haji 2009

Sempat jugak lagi menjala sehari selepas Hari Raya Haji baru baru ini bersama Abah, Angah, Bangtih, Man & Zahar..syok je asal masa cuti dapat turun ke sungai memenatkan badan, menghidup udara segar dan berendam, menyelam di dalam air sungai yang dingin dan bersih..macam biasalah blog ni seperti diari untuk merekod aktiviti aktiviti yang menyeronokkan seperti ini..

Tido lewat, bangun awal pagi..minum, terus gerak nak ke sungai

Air deras dan dalam baru lepas hujan agaknya


Cubaan mengilat yang gagal kerana air sungai yang terlalu keruh

Zahar dapat ikan lampam


Abah seperti biasa selalu dapat lampam


Habislah ikan ikan sungai ni..tapi yang penting buat laukla..


Ha ini dia buat lauk..best je buat saya yang gemarkan ikan ikan sungai..nanti ada kesempatan pergi menjala lagi..eh pergi mengikut jer..orang lain yang menjala..hehe


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...