Walau di mana sahaja..dari lopak hinggalah ke lautan samudera..ianya terduga, kadang mengasyikkan jua..walau pun hati dah tentulah kecewa..usah ditanya bila akhirnya..KUMPAU!!!!, terimalah ia seadanya...hehehe


Sunday, December 13, 2009

Tuas Yan December 2009

Lokasi : Persekitaran Tuas Yan, Kedah
Tarikh & Tempoh: Sabtu 12 December 2009 / Pagi sampai petang
Bot & Tekong : Syawal, anak Tekong Pak Cha
Kaedah: Mengilat ikan termenung/bulu/spoon dan kaedah hanyut..
Peserta : Aku, Edi, Zaid, Zam & Amin
Ringkasan:

Trip ini telah dirancang sewaktu di bulan Ramadahan di atas ajakan Zam, kerana kampung beliau berhampiran dengan Jeti untuk ke lokasi pancing iaitu di Tuas..akhirnya 5 orang kaki pancing dari rakan sekerja di dalam syarikat yang sama telah bersetuju untuk menjayakan trip ini..kaedah memancing yang digunakan agak berlainan daripada kaedah kebiasaan pancingan dasar..kali ini hanya kaedah mengilat semata mata telah digunakan..kalau ada kaedah pancingan dasar pun hanya sebagai sampingan..selain dari itu, kaedah berhanyut turut dilakukan..

Bertolak pada Jumaat pukul 11 pagi dari rumah Edi di Cheras (hari cuti umum Keputeraan Sultan Selangor)..kami tiba di Yan pada pukul 5.30 petang..sempat meronda di sekitar Yan sebelum berjumpa dengan tekong Pak Cha..beliau telah meminta 'taukeh' kedai, si Abu (Orang Cina petah loghat Kedah) supaya membuka kedai dia sekejap (Jumaat hari cuti di Kedah)..oleh itu sempatlah membeli lagi kelengkapan yang diperlukan..seterusnya kami menuju ke rumah nenek Zam untuk mandi manda..tukar pakaian & bersolat..kemudian kami makan malam di rumah kakak angkat Zam..makanannya memang sungguhla sedap selain dari kemesraan ahli keluarganya melayan kami..selepas itu kami terpaksa membuat persiapan sehingga lewat malam..kami terpaksa 'adjust' semula perambut khas untuk mengilat tenggiri..

Sabtu pukul 4.30 dah kecoh memasing bangun..bersiap dan terus ke rumah tekong..beli makan minum & ais di Jeti..kami bot yang terakhir keluar ke laut..singgah ambil bubu..dapat sotong mengabang dalam 5/6 ekor..kemudian terus ke Tuas (Tuas Tengah) untuk aktiviti memancing..sewaktu tiba ombaknya tengah beralun kuat sehinggakan sukar untuk berdiri di atas bot..hanya sebelah petang barulah airnya cantik..Tuas ini adalah satu tempat di mana terdapat banyak batang buluh yang diletakkan pemberat di bawahnya..buluh buluh ini perlu diganti anggaran setiap 3 bulan..di bawahnya juga terdapat tukun tukun tiruan yang menjadi tempat ikan ikan berkumpul yang akan menarik perhatian ikan ikan pemangsa untuk datang mencari ikan ikan kecil sebagai makanannya..terdapat hampir 30 tuas kesemuanya..Tuas Yan adalah salah salah satu padang pancing yang terkenal dengan tenggirinya..

Petang tersebut, kami adalah diantara bot yang terakhir tiba ke Jeti..kami tolong hantarkan pembantu tekong..terus ke 'klinik'..kemudian bersiap di rumah nenek Zam untuk pulang ke KL..singgah makan lagi di rumah kakak angkat Zam untuk makan malam yang sungguh lazat dan pedas..dalam pukul 11 bertolak terus ke KL..tiba di Cheras pukul 6 lebih pagi..


Tempat berkumpul di pagi jumaat di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras..naik van sewa.bertolak dalam pukul 11 pagi..


Susur keluar Gurun, sebelum menuju ke Yan..petang dah..hampir pukul 5


Bergambar sebentar di kaki Gunung Jerai, Yan..


Satu kaedah untuk menaikkan ikan..biasa kena tunggu air pasang baru ada hasil..

Minum di Pantai Murni, Tanjung Dawai..boleh nampak beberapa pulau dari sini seperti Pulau Songsong


Bermalam di rumah nenek Zam..sempat 'setting' kelengkapan last minute pada malam sebelum..

Awal pagi Sabtu di Kuala Sungai Dulang Kecil


Deretan bot yang menuju ke Tuas


Sebahagian dari kelengkapan


Dah tiba di Tuas..air tak berapa cantik kerana beralun..kalau nasib tak baik, senang senang boleh mabuk laut free..hehe



Pembantu tekong sedang berusaha nak ikatkan tali bot ke buluh..


Lagi gambar Tuas dan pembantu tekong yang baru beberapa hari lepas SPM je dia..susah payah dia ni sebab air beralun..


Tekong anak pak cha 'settlekan' belitung yang telah didaratkan



Salah satu aksi di depan bot..

Ikan Pecah Periuk telah menyambar umpan


Zam dengan tilapia laut @ pecah periuk


Sifu dengan tenggiri yang berjaya di naikkan


Antara hasil tangkapan


Bergambar sewaktu menuju balik ke kuala


Hasil hasil yang diperolehi


Akhir kata terima kasih kepada Tekong Pak Cha..anak dia selaku tekong hari tu iaitu bro Syawal..pembantu tekong..ahli ahli trip..terutamanya Zam yang banyak menyediakan kemudahan seperti van dan tempat tinggal...makan minum..(terima kasih juga kepada nenek dan kakak angkat Zam yang sudi memberi tumpang dan makan minum-semoga kebaikannya diberi ganjaran oleh Allah), Zaid selaku sifu tenggiri & kelindan van..dan Edi serta Amin selaku driver van..semoga halal makan & minum..maaf atas segala kekurangan dan kesilapan di sepanjang trip ini terutamanya ada tragedi sewaktu di Tuas yang terpaksa akhirnya tekong menamatkan sesi memancing pada petang tersebut, walaupun ikan tengah nak mula 'frenzy' ..apepun semoga ada kesempatan memancing bersama lagi di lain masa..Sekian..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...