Walau di mana sahaja..dari lopak hinggalah ke lautan samudera..ianya terduga, kadang mengasyikkan jua..walau pun hati dah tentulah kecewa..usah ditanya bila akhirnya..KUMPAU!!!!, terimalah ia seadanya...hehehe


Thursday, March 1, 2007

PANDUAN MEMANCING DI LAUT - KEKILI PANCING (Reel)

TAJUK BUKU: MEMANCING DI LAUT.
PENGARANG: AHMAD AKIM.
PENERBIT: EDU SISTEM SDN. BHD.
PENGHARGAAN : TERIMA KASIH BRO NIZAM YANG MENAIPKAN KEDALAM SOFTCOPY UNTUK PANDUAN SEMUA

TIP KEDUA-KEKILI PANCING (Reel)

Seperti juga dgn joran, pemancing harus tahu memilih kekili yg sesuai dgn jenis & berat ikan serta tempat utk memancing. Joran & kekili merupakan satu kombinasi yg sepatutnya seimbang.
Ada 2 jenis kekili yg sesuai utk pemancing.1. Kekili jenis terbuka. (open reel)2. Kekili jenis multiplier. (multiplier reel)Jenis terbuka adalah sangat popular dikalangan kaki pancing. Kekili ini ringkas & mudah. Tidak banyak yg perlu dirisaukan berbanding dgn kekili jenis multiplier yg agak sophisticated & sukar digunakan. Bagi yg sudah mahir, kekili jenis multiplier dikatakan mempunyai banyak kelebihan. Kedua2 jenis kekili ada berbagai2 siri tertentu yg sesuai dgn jenis & berat ikan serta lokasi tempat memancing. Bagi yang baru mula memancing, baik menggunakan jenis terbuka kerana ia mudah digunakan, pengawalan tali, balingan (casting) & peralatannya (mechanism) telah direka utk kemudahan pengail. Kekili jenis multiplier agak rumit digunakan. 'Sarang burung' bird's nest) pada tali adalah perkara biasa kepada pengail yg baru menggunakan kekili jenis ini. Kelebihannya ada juga, bolih menggunakan tali yg diameternya lebih besar, mudah mengawal ikan masa bertarung & rekod balingan paling jauh. Selalu juga disebut bahawa kekili jenis multiplier lebih licin mekanismenya serta lebih tahan & tegap. Kekili jenis terbuka juga berfungsi sebaik jenis multiplier, dgn syarat membeli jenis terbuka dari jenis yg baik.
Seperti joran, kekili juga dibuat dalam berbagai2 siri. Ada yg murah, ada yg mahal, drpd yg kecil hinggalah kpd yg besar. Jadi ikut kata orang tua2, 'alah membeli menang memakai'. Kadang2 peralatan yg baik belum tentu mendapat ikan yg besar atau ikan yg baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...