Walau di mana sahaja..dari lopak hinggalah ke lautan samudera..ianya terduga, kadang mengasyikkan jua..walau pun hati dah tentulah kecewa..usah ditanya bila akhirnya..KUMPAU!!!!, terimalah ia seadanya...hehehe


Sunday, August 31, 2008

Trip ke Pulau Sembilan 2008

Lokasi : Perairan Pulau Sembilan
Tarikh & Tempoh: 9-10 Ogos 2008 / 2 hari 1 Malam
Bot & Tekong : /
Aktiviti : Bottom/Appollo/Casting Bulu

Peserta : Seramei 16 orang
Cerita Panjang : Petikan dari Laporan Bro Nizam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur sekali lagi kita kepada Allah Swt kerana dengan limpah kurniaNya juga kita selamat pergi dan balik. Tidak ada perkara-perkara yang tidak diingini terjadi kepada kita semua. Alhamdullilah, trip kita ini berjaya walaupun hasilnya tidak memuaskan sangat. Ini adalah risiko yang biasa kepada para pemancing, kekadang OK, kekadang KO. Begitu juga kita perlu berterima kasih juga kepada isteri dan isteri-isteri masing-masing yang memberi sokongan penuh terhadap aktivi memancing kita ini. Sekiranya tidak mendapat kebenaran darinya, sudah tentu kita tidak dapat pergi memancing. Saya harap keinginan untuk jigging di Pulau Sembilan sudah tertunai. Cuma keinginan untuk menarik ikan-ikan yang bagak-bagak belum tertunai lagi. Insyaallah mungkin di trip-trip yang akan datang akan tertunai keinginan itu.
Pada trip kali ini kami dapat mengumpulkan kekawan memancing seramai 16 orang, untuk 4 kereta dan 2 bot. Dua kereta bertolak melalui Jalan Kuala Selangor, Sabak Bernam dan 2 kereta lagi melalui jalan Highway, Bidor, Telok Intan. Masing-masing sampai ke Lumut hampir subuh. Dipertengahan jalan ada berhenti rehat untuk pekena teh dan kopi. Semua peserta berkumpul jam 7.30 pagi di Restoran di Pekan Lumut untuk sarapan pagi. Setelah semuanya selesai bersarapan pagi, maka kami pun bertolak ke Teluk Batik untuk berlepas kelaut. Jam 8.30 sampai tetapi bot masih belum ada lagi. Ada sedikit masalah bot dan jam 9.30 baru berlepas kelaut. Bot pertama terdiri daripada Nordin Abdul, Shamsudin Anuar, Nasirudin Shafri, Hashim Masdewi, Asmawi Abbas, Mohd Daod Shahri, Jawahir Johari dan Hamid Masdewi. Bot kedua pula terdiri dari Ahmad Nizam Mukhtar, Edi Azhar Arifin, Md Hatta Maarof, Anuar Abu Bakar, Zaid Harun, Abu Hanifah Mohd Amin, Azlan Basir dan Zakaria Awang.

Dalam perjalanan ke Pulau Sembilan, bot pertama berhenti dikawasan appolo cencaru. Bot kedua terus ke Pulau Tipis, salah satu pulau pertama yang ditemui dulu di Pulau Sembilan. Kami memancing dan jigging di pulau ini, tetapi tiada hasil. Appolo hanya mendapat ikan-ikan karang dan ikan-ikan kecil sahaja. Cuaca nampak mendung dan berangin kuat. Tekong berpindah ke Pulau Besar berlindung dari angin dan memancing disitu. Hasilnya juga tidak memuaskan. Hasil appolo hanya dapat dibuat lauk untuk makan malam. Jigging dan popping dilakukan juga, tetapi tidak mendapat sambutan. Ada dua tiga kali jig diragut ikan tetapi rabut. Joran Azlan ada diragut ikan, ikannya lari kekarang dan sangkut. Tarik punya tarik, rentap punya rentap, jorannya patah, ikan terlepas. Olih sebab hasil tidak memuaskan, tekong telah berpindah kepulau disebelah Pulau Besar. Disini juga tidak ada banyak ikan dan tekong beralih lagi kesitu pulau di depan pulau ini. Disini juga tidak ada ikan yang besar, Cuma mendapat ikan-ikan karang sahaja. Angin petang mulai kencang dan bot kami berpindah lagi kepulau awal kami sampai ia itu Pulau Tipis. Kami memancing sampai hari hampir malam, ikan yang didam-idamkan tidak dapat juga.

Kemudian kami berpindah semula ke Pulau Besar. Hari pun sudah malam dimana bot pertama ada di situ dan kami memancing berhampiran. Selain bot kami ada lebih dari 5 bot yang memancing dikawasan ini. Segala umpan sudah dicuba. Segala ilmu telah digunakan, tetapi nampaknya tiada hasil yang memuaskan. Di tempat ini Edi Azhar ada mendapat seekor pari, tetapi tidaklah besar sangat, itulah hasil yang terbesar yang kami dapat. Air mulai surut dan arus mulai laju. Ikan tidak ada dan mata mula mengantuk. Masing-masing mengambil port masing-masing dan berehat seketika. Semasa air surut gerak pasang, bot berpusing, semua perambut kami telah bergumpal dan tersangkut di tali sauh. Samasa meleraikan perambut inilah, satu kejadian yang tidak disangka, satu joran Abu Hanipah terjun kelaut. Dicuba berkali-kali jig dengan mata tiga tetapi tidak berjaya. Setelah gagal mendapatkan joran yang jatuh kelaut, maka kami pun bertolak kekawasan appolo cencaru.

Sampai dikawasan appolo cencaru, sudah ada banyak bot disitu, pancingan appolo pun bermula. Tidak ada ikan cencaru. Hanya dapat seekor ikan cencaru dari appolo Anuar. Lainnya hanya ikan karang sahaja. Bot pertama pindah dahulu ke Tanjung Terengganu di Pulau Pangkor. Memandangkan ikan cencaru tidak ada, bot kami pun berpindah juga ke Tanjung Terengganu. Disini juga tidak ada ikan besar yang dapat. Kami mengambil kata sepakat untuk menamatkan sessi pancingan untuk trip kali ini dan balik kedarat. Sesampai di Teluk Batik barang-barang dibawa kekenderaan dan masing-masing pergi ke Masjid Lumut untuk mandi dan membersihkan diri. Lepas tu kami beramai-ramai makan di gerai perhentian bas Pekan Lumut. Setelah makan masing-masing pergi membeli buah tangan untuk isteri dan anak-anak di rumah. Setelah pekena candul mamak, kami pun berpisah dan menuju kedistinasi masing-masing.

Begitulah cerita trip kami kali ini untuk bot kedua, kepada yang ingin untuk menyertai trip-trip yang akan datang, simpanlah duit dari sekarang agar tiba masanya nanti tidak ada masalah untuk ikut serta. Saya ucapkan ribuan terima kasih untuk kekawan yang telah menjayakan trip kali ini. Harapan saya semoga semuanya berpuas hati dan jikalau ada apa yang terkurang tu, saya bagi pihak penganjur memohon ribuan kemaafan. Mudah-mudahan kita berjumpa lagi di trip-trip yang akan datang.
Peserta yang pergi.

1. Abu Hanipah, Ahmad Nizam, Azlan dan Shamsudin
2. Hashim, Hamid, Nasirudin dan Jawahir
3. Asmawi, Nordin, Mohd Daod dan Zakaria
4. Edi Azhar, Md Hatta, Zaid dan Anuar..


Terima kasih dan jumpa lagi

Sewaktu nak bertolak ke Pulau Sembilan..guna 2 bot sahaja..yang lagi satu tu group orang lain

Bersebelahan dengan bot nelayan

Casting di Tepian Pulau..di bawah panas yang terik..

Membottom..yang tengah tu tekongnya...

Menunggu ikan meragut umpan..

Antara hasil tangkapan...hohoho..(ketawa penuh makna)...hehe

Bergambar beramei ramei sebelum balik..terima kasih semua..ada peluang kita pergi trip yang lain


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...