Walau di mana sahaja..dari lopak hinggalah ke lautan samudera..ianya terduga, kadang mengasyikkan jua..walau pun hati dah tentulah kecewa..usah ditanya bila akhirnya..KUMPAU!!!!, terimalah ia seadanya...hehehe


Friday, June 13, 2008

Kumpau Di Pagi Hari

Lokasi : Salah satu dari bebanyak lombong berhampiran Pulau Meranti
Tarikh & Tempoh: 07 Jun 2008 / Pagi ke Tengahari
Bot & Tekong :
Aktiviti : Casting & Bottom Keli
Peserta : Aku/Edi/Pak Ya/Mahmood
Ringkasan : Memang aktiviti kumpau iaitu dengan bercasting untuk mengeluarkan peluh di pagi hari sehingga ke tengahari..nak jogging tak larat..nak berkebun tak ada kebun..jadi casting jo la untuk keluarkan peluh..

Aksi aksi kumpau dari kejauhan
Rapala skitter pop..dah berkubur rapala ni sebab tercasting pokok.. Berusaha keras mengatasi kekumpauan Kepenatan akibat kumpau Akhirnya gua kumpau..salute sama kumpau
Gambar pisau sesaja upload..hehe

Thursday, June 5, 2008

PANDUAN MEMANCING DI LAUT - TEKNIK MEMANCING

PENGARANG: AHMAD AKIM.
PENERBIT: EDU SISTEM SDN. BHD.
PENGHARGAAN : TERIMA KASIH BRO NIZAM YANG MENAIPKAN KEDALAM SOFTCOPY UNTUK PANDUAN SEMUA
TIP KESEPULUH-TEKNIK MEMANCING














Sunday, June 1, 2008

Pacu Kolam Sungai Buah

Kolam yang terletak di Bangi ni biasanya tempat melepaskan badi kumpau..tapi kadang kat sini pun kumpau jugak..pacu sini tak besar sangat saiz 4 kilo kebanyakan..tapi dia punya layan best..sini konsep C&R dengan bayaran RM10 sekali masuk..nak dapatkan Pacu ni bottom je atau pelampung..umpan cacing/dedak/anak ikan/roti...bersantai di sini memang best..suasana redup kehijauan..ada bilik air..surau..rekod kat sini naik 22 ekor bertiga orang memancing..
Kolam Sungai Buah
Lagi suasana kolam sungai Buah

Angah & Pacu

Man & Pacu

Bangtih & Pacu

Sorok Muka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...