Walau di mana sahaja..dari lopak hinggalah ke lautan samudera..ianya terduga, kadang mengasyikkan jua..walau pun hati dah tentulah kecewa..usah ditanya bila akhirnya..KUMPAU!!!!, terimalah ia seadanya...hehehe


Wednesday, October 31, 2007

PANDUAN MEMANCING DI LAUT - UMPAN (Bait)

TAJUK BUKU: MEMANCING DI LAUT.
PENGARANG: AHMAD AKIM.
PENERBIT: EDU SISTEM SDN. BHD.
PENGHARGAAN : TERIMA KASIH BRO NIZAM YANG MENAIPKAN KEDALAM SOFTCOPY UNTUK PANDUAN SEMUA

TIP PERTAMA-UMPAN (Bait)

Bercakap tentang umpan ini adalah satu perkara yg menarik. Pengalaman menunjukkan pengetahuan tentang umpan & cara menggunakannya yg betul akan memberi kesan yg jelas antara kejayaan atau kegagalan dlm sesuatu trip memancing. Terdapat beberapa jenis umpan yg sangat digemari olih ikan. Cuma yg menjadi masalah ialah utk mendapatkan umpan2 tersebut. Bolih pergi kepasar utk membeli umpan yg telah mati tetapi umpan ini tidak begitu berkesan. Selalunya umpan hidup sangat berkesan utk memancing ikan yg besar berbanding dgn umpan yg telah mati. Umpan yg kerap digunakan adalah seperti:
1. Perumpun (cacing laut)
2. Udang
3. Sotong cumik Atau sotong gurita (octopus)
4. Belanak
5. Tamban
6. Gelama
7. Bebolos
8. Anak ikan parang.
Teknik menggunakan umpan juga adalah sangat penting. Berikut diterangkan cara penggunaan umpan yg sepatutnya dilakukan.

UMPAN UDANG.
Cara pertama - Cangkukkan mata kail daripada ekor, susurkan mata kail melalui badan udang seberapa yg bolih sehingga menutup semua mata pancing. Keluarkan hujung mata kail di bawah perut udang berkenaan.
Cara kedua - Jika mahukan umpan udang itu terus hidup, bolih berbuat demikian dgn membenamkan mata pancing daripada sebelah atas belakang udang & keluarkan mata kail dibahagian bawah perutnya dekat ekor.

SOTONG CUMIK.Sebaik2nya digunakan seluruh sotong yg panjangnya antara 10-13 cm. Kalau terlalu besar, perlu dipotong2. Sotong juga dicangkuk drpd ekor sebab apabila dilepaskan, umpan ini walaupun telah mati akan kelihatan seolah2 hidup apabila dimainkan olih arus laut.

SOTONG GURITA (octopus)Sotong gurita merupakan kegemaran jenak & kerapu. Umpan ini biasanya sangat digemari pada waktu malam. Kalau sotong itu kecil, kepala sotong lebih kurang sebesar ibu jari tangan, bolihlah gunakan keseluruhannya. Cangkukkan dari kepala & beberapa jarinya. Berbagai2 ikan gemar kepada umpan ini. Jika umpan sotong itu besar, (bolih sebesar telur ayam kepalanya) pangkal jejarinya sebesar jari telunjuk, Bolih gunakan satu jejari sahaja & ini sudah mencukupi. Hasilnya sama spt menggunakan seekor sotong yg kecil.

TAMBAN.Tamban adalah satu lagi umpan yg sangat sesuai & baik digunakan utk memancing berbagai2 jenis ikan. Tamban yg sesuai panjangnya diantara 10-13 cm. Memancing dgn umpan tamban sangat menarik, anda perlu pergi kelubuk yg sesuai dan tidak perlu membaling umpan jauh2, cukup sekadar jatuhkan umpan dibawah sampan. Umpan tamban sangat lembut, jadi pancing harus dipegang. mencangkuk tamban lebih kurang sama dgn mencangkuk udang, iaitu cangkukkan drpd ekornya. Cuma bezanya, ikan tamban berbadan leper, mata kail perlu dicangkukkan dua tiga kali berselang-seli menembusi badannya.

GELAMA HIDUP.Ikan2 yg selalu memakan pancing dgn umpan ini ialah jenak, gubal, kerapu & pari. Selalunya ikan2 yg disebutkan tadi tidak akan menangkap umpan gelama yg sudah mati. Jadi perlu tahu teknik yg betul mencangkuk ikan gelama supaya umpan gelama dapat terus hidup. Caranya cangkuk betul2 dibawah 'ridip' belakang ikan gelama. Jika diteliti ada satu garisan melintang dari kepala hingga keekor. Mata pancing dicangkukkan jangan terkebawah drpd garisan ini. Jika terkebawah, mata kail akan terkena tulang & ikan akan mudah mati. Guna gelama hidup tanpa guna batu pemberat & hanyutkan umpan mengikut arus menuju kelubuk tertentu. Saiz gelama yg sesuai utk dijadikan umpan adalah gelama yg panjangnya drpd kepala ke ekor lebih kurang 8 - 10 cm.

UMPAN2 LAIN.Ikan bebolos bolih juga, yg panjangnya 8 hingga 10 cm, masih hidup, cara guna spt ikan gelama.Anak ikan parang perlu dipotong secara nipis (fillet) sepanjang 5 ke 10 cm. Ia dipanggil juga sebagai cabuk utk bottom fishing di dasar laut. Ikan yg paling suka dgn cabuk ialah ikan kurau & gubal.Anak ikan belanak sama spt menggunakan ikan gelama & bebolos. Belanak yg sudah mati bolih juga digunakan utk umpan, dihiris utk dijadikan cabuk memancing bottom fishing.Banyak lagi cara2 menggunakan umpan mengikut teknik2 yg tertentu spt di sungai2, tasik2 & lombong2 utk ikan berlainan jenis. Contoh diatas utk jenis ikan laut sahaja.

Tuesday, October 16, 2007

Lepaskan Kaloi di Sungai Jelai


Kaloi/Lului

Kaloi ni angah yang dapat naikkan sewaktu mancing kat Sungai Jelai..sewaktu tu sebesar tapak tangan jo..bela dia ni lama dekat nak 7/8 tahun..dia ni dah jadi manja mcam kucing..kalau lalu sebelah dia mesti dia yang mengacah orang..bukan sebaliknya..hehe..boleh jo pegang dan di belai, diam je dia macam kucing...semua rajin beri dia makan..kalau angah balik kampung tu, rajin jo pergi menyauk udang kecil untuk beri dia ni makan..tapi ape je dia ni tak makan..aiskrim..durian..rambutan..mangga..semua dia sebat..makanan asasi mcam cengkerik..ulat roti kadang tak mau pulak dia..kalo bagi makanan merapu macam lipan, merah menyala badan dia..omak pulak yang rajin ganti air akuarium dia..selain kadang bercakap dengan ikan ni..samo la mcm kak lang..apo sobab eh ntah..abah pulak rajin beli makanan dia..man dan bangtih membesar di zaman persekolahan sewaktu bersama 'lului' ni..hehe

Akhirnya kerana kesiankan dia ni..masing masing beri keputusan untuk melepaskan dia di sungai sebab katanya sebelum dia mati, baik bagi dia peluang merasa bebas di dunia luar..masalahnya dia berjaya hidup ke atau tidak..tak tau lah apa nasib dia selepas dilepaskan ke sungai pada 16 October 2007.


Saat nak melepaskan kaloi

Masukkan dalam besen besar

Bawak masuk ke dalam kereta

Tempat nak dilepaskan

Dia tak mau dia lari la..masih nak bermanja jugak lagi

Akhirnya tolakkan dia ke tengah arus..muncul sekejap tapi kemudiannya hilang di bawa arus


Syahdu..hehe..Angah yang dapatkan kaloi ni..dia yang lepaskan semula


Sewaktu dah lepaskan dia ke dalam air..dia memang tak mau lari..masih ada je dia main main di persekitaran kaki 'Tuan' dia..lama tunggu beri dia peluang melarikan diri..tapi memandangkan dia tak mau lari..terpaksalah tolak dia ke arus laju..supaya dia di bawak arus..memandangkan lokasi ni tampat orang memancing..ditakuti nanti orang datang mancing, dia datang pulak dekat minta makanan..sebelum hanyut dia tenggelam timbul sebelum akhirnya hilang..begitulah alkisahnya..terpulang lah kepada anda nak turut bersedih membaca cerita ini atau nak ketawa kerana anda sememangnya buta perasaan umpama rejim zionis????..sekiannnn...huhuhu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...