Walau di mana sahaja..dari lopak hinggalah ke lautan samudera..ianya terduga, kadang mengasyikkan jua..walau pun hati dah tentulah kecewa..usah ditanya bila akhirnya..KUMPAU!!!!, terimalah ia seadanya...hehehe


Friday, May 30, 2008

Trip Mancing Pulau Pangkor - 10 & 11 May 2008

Lokasi : Perairan Pulau Pangkor
Tarikh & Tempoh: 10-11 May 2008 / 2 hari 1 Malam
Bot & Tekong : /
Aktiviti : Bottom/Appollo/Casting Bulu
Peserta : Seramei 10 orang
Cerita Panjang : Petikan dari Laporan Bro Nizam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur kita kepada Allah Swt kerana dengan limpah kurniaNya kita selamat pergi dan balik. Alhamdullilah, trip kita ini walaupun lari dari tujuan asal kita yang sebenar, tetapi tidaklah mengecewakan, tujuan kita untuk pergi memancing ikan tidak lari dan tengoklah hasil yang kita perolehi. Terima kasih juga kepada isteri, dan isteri-isteri masing-masing yang menyukong aktiviti hanyir kita ini. Sekiranya tidak dapat kebenaran darinya, sudah pasti kita tidak akan dapat pergi memancing. Trip kita ke Pulau Sembilan telah bertukar kepada trip Perairan Pulau Pangkor. Olih itu trip ke Pulau Sembilan masih bolih dijalankan kerana kita masih belum sampai ke sana lagi. Keinginan untuk jigging masih belum tertunai dan terlaksana.
Komplot mula berkumpul di rumah Nordin jam 10 malam, 9-5-2008. Setelah semua persiapan diatur dan barang-barang dipunggah kedalam kereta yang berkenaan, maka jam 11.40 mula bergerak dari Pandan Indah ke Lumut melalui jalan pantai Kuala Selangor, Sabak Bernam, Simpang Empat, Lumut Perak. Dipertengahan jalan singgah mengeteh jam 2.30 pagi di Restoren Nasi Kandar (lupa nama). Setelah mengisi perut dan membuang apa yang patut, perjalanan diteruskan dan sampai ke Pekan Lumut jam 4.30 pagi. Masjid berkunci dan komplot berehat di Taman Pekan Lumut sahaja. Setelah azan subuh barulah komplot pergi ke masjid menunaikan solat subuh dan lain-lain apa yang patut, serta membuat persiapan terakhir untuk turun ke laut. Jam 7.30 pagi, komplot pergi bersarapan pagi di Restoran Pekan Lumut. Di samping itu sempat juga pergi ke kedai pancing untuk menambah koleksi pancingan yang tidak cukup.
Setelah selesai bersarapan pagi, semuanya pergi ke Teluk Batik untuk berlepas kelaut. Botnya besar juga dan agak selesalah untuk 10 orang. Jam 8.30 pagi bot pun bertolak kelaut. Menuju ke Pulau Pangkor dahulu untuk mengambil umpan ikan bilis dan kemudian menuju kelubuk ikan cencaru. Maka acara appolo pun bermulalah. Semuanya tekun menangkap ikan cencaru yang bolih dikatakan tak cukup tangan. Setiap kali appolo diturunkan pasti disambut olih cencaru, termasuk cencaru kuda. Hasilnya ikan diperolehi hampir 5 tong coleman, itu satu hasil yang cukup hebat untuk 10 orang. Ikan-ikan lain yang dapat dilokasi ini termasuk anak talang, kerapu, kerisi dan Gt. Jam 2.30 petang, tekong menyediakan makan tengah hari berlaukkan ikan cencaru masak kari. Apa lagi perut pun sudah lapar, sapu dan bedal sajalah.
Tekong ada menghubungi rakan-rakannya yang sudah terdahulu pergi ke Pulau Sembilan, ternyata semuanya kumpau kerana tidak mendapat hasil yang diharapkan. Olih itu tekong memberi alasan bahawa jikalau pergi juga hasilnya pasti mengecewakan. Jam 3.30 petang tekong mengubah labuh, kelubuk baru. Dilubuk ini ikan tidaklah galak sangat kerana arus air semakin laju. Akhirnya tiada ikan yang ingin memakan umpan dipancing. Jam 6.30 petang tekong berpindah ke Pulau Dua. Sampai di Pulau Dua, hari hampir gelap, cuba juga jigging dan casting tetapi tiada ikan yang sudi. Acara bottom pun tiada ikan yang dapat, begitu juga mengendap sotong, seekor pun tiada yang timbul untuk disauk, buat umpan. Makan malam jam 8 malam, ada yang makan nasi dan ada juga yang hanya makan roti bersama kuah kari. Jam 10 malam, ribut datang melanda, apalagi semua angkat joran dan bot pun pindah kehadapan Pangkor Laut. Arus amat laju, batu nombor 9 pun hanyut. Setelah berbincang dengan tekong, maka eloklah balik ke jetty Pulau Pangkor, bolih juga tidur, mengeteh dan melurus-luruskan badan yang sengal-sengal, tidaklah dilambung ombak seperti diatas bot. Sampai di jetty jam 12 tengah malam dan naik kedarat pergi kekedai mengeteh dan ada juga yang makan lagi untuk mengisi perut. Maklumlah kelaut ni perut selalu sahaja lapar sebab mungkin perut kita digoyang olih alun ombak laut. Selepas tu semua tidur dijetty dengan lenanya. Elok saja masing-masing tidur sebelah menyebelah seperti adik-beradik, mungkin ada juga yang teringatkan isteri di rumah yang selesa tidur di atas tilam. Sedangkan di jetty tidur diatas papan yang tidak berlapik dan sejuk tidak berselimut. Siapa yang suruh pergi memancing....
Jam 7 pagi semua naik ke bot dan bot bertolak ke lubuk ikan cencaru semalam. Sesampai di lubuk sudah ada empat ke lima bot yang telah sampai dahulu. Bot dilabuh, appolo diturunkan. Ikan tidak galak seperti semalam. Appolo, appolo, tetapi tiada ikan yang dapat. Ini mungkin disebabkan tidak jauh dari tempat kami ada tiga ke empat bot ikan bilis sedang memukat ikan bilis. Mungkin sebab itulah, ikan-ikan lari entah kemana. Sekiranya kami mula memancing jam ini, sudah tentu untuk mendapatkan ikan se-tong pun susah. Untuk buat lauk makan dibot pun tak cukup. Begitulah nasib nelayan, semalam banyak ikan, hari ini tiada ikan. Kita patut bersyukur dengan apa yang kita nikmati dan ada sekarang berbanding dengan nelayan yang tidak menentu akan rezekinya.
Jam 10 pagi aktivi memancing ini dihentikan. Bot pun bertolak balik ke Teluk Batik. Barang-barang pun dipunggah kedarat dan berkemas-kemas untuk perjalanan pulang. Pergi ke Pekan Lumut dahulu, mandi, membersihkan diri, dan lain-lain di masjid Lumut. Jam 11.30 pagi, semuanya sudah selesai membersihkan diri dan sudah tidak ada bau hanyir, maka kami pun pergi ke Pekan Lumut untuk membeli buah tangan untuk isteri dan anak-anak di rumah. Ramai juga yang memborong, sotong kering, ikan bilis, satay ikan dan lain-lain. Jam 12.30 tengah hari, perut mula rasa lapar semula, maka gerai makan pun dicari. Nasi campur sajian utama dan air cendul mamak pilihan kedua. Setelah selesai makan, kami pun mula bertolak balik. Kebanyakkannya tidur kerana letih dan mengantuk sebab perut sudah kenyang kecuali pemandulah bersembang sendirian melayan mata dan perasaan. Jam 3.30 petang berhenti rehat dan sembahyang di masjid Tanjung Karang. Lepas tu pekena teh dan roti canai dahulu di akhir trip ini. Setelah itu perjalanan pulang diteruskan lagi. Jalan Kuala Selangor ke Sungai Buluh, Kepung agak sesak. Sampai dirumah Nordin jam 6 petang. Maka acara pembahagian hasil pun bermula, dibahagi sama rata untuk 10 orang. Saya harap semuanya berpuas hati setelah mendapat bahagian masing-masing. Terima kasih juga kepada KDN Nordin kerana menyediakan minuman ringan. Setelah bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, masing-masing pun menuju distinasi masing-masing. Begitulah cerita trip kami kali ini, kepada yang teringin untuk menyertai di trip-trip akan datang masuklah menjadi ahli kelab memancing yang ditubuhkan ini. Mengikut perancangan trip yang akan datang pergi ke Rompin Pahang. Sekali lagi ribuan terima kasih untuk ahli yang telah pergi pada trip kali ini. Anda adalah perintis kelab, kecekalan anda saya slut dan kemesraan anda tidak akan saya lupakan. Ahli yang pergi, Nordin Abdul, Nasimudin (Pj hub), Edi Azhar, Md Hatta, Anuar (HQ), Zakaria Awang, Zamrue, Md Amin (Ceras), Ahmad Nizam (Klang) dan Asmawi (Ex-uniphone).
Terima kasih dan jumpa lagi........

Punggah barang ke bot untuk memulakan missi..hehe
Lepak pot belakang best jugak, boleh hanyut umpan hidup
Fuh..ikan apo tu..berapa kilo tu..hehe
Cencaru sudah datang..mari layan cencaru..hehe
Besornya kerapu bro Nordin
Kalau appollo ni panjang lagi talinya..boleh bawak naik 50 ekor sekali gus..
Ikan aper mau naik tu..
Pusat pengiraan ikan siap dengan CCTV..hehe

Adalah 5 tong ikannya..majoritinya cencaru la..syukurrr..
Mari kita Posing dulu beramei ramei sebelum balik..& mudah mudahan berjumpa di trip yang lain..hehe

Thursday, May 29, 2008

PANDUAN MEMANCING DI LAUT - PERALATAN MEMANCING

TAJUK BUKU: MEMANCING DI LAUT.

PENGARANG: AHMAD AKIM.

PENERBIT: EDU SISTEM SDN. BHD.

PENGHARGAAN : TERIMA KASIH BRO NIZAM YANG MENAIPKAN KEDALAM SOFTCOPY UNTUK PANDUAN SEMUA

TAJUK KESEPULUH-PERALATAN MEMANCING

Telah diterangkan tentang joran, kekili, mata pancing & peralatan lain spt swivel & batu pemberat bagi tujuan memancing. Keseimbangan diantara peralatan2 tersebut sangat penting utk memastikan kesan, kepuasan & keselesaan yg maksimum ketika memancing. Ia juga menjadi salah satu drpd kunci utama yg akan menentukan kejayaan didlm sesuatu trip memancing.Dibawah tajuk ini, kita akan membincangkan tentang keseimbangan beberapa alat yg perlu utk memancing. Keutamaan harus diberikan kpd joran, kekili, tali & perkara2 lain yg berkaitan termasuk umpan. Selain itu pemilihan alat2 adalah bergantung kpd pengaruh faktor2 tertentu yg akan dikenali disamping kesesuaian setiap individu. Jenama2 didalam perbincangan ini adalah sebagai contoh sahaja, bukan bermaksud utk dicadangkan. Pada masa ini terdapat banyak jenis jenama yg ada dipasaran. Begitu juga dgn kedai2 yg menjual peralatannya. Ada kedai yg lengkap & ada juga kedai yg separuh lengkap. Alat2 yg dijual pula ada berbagai2 rupa, jenis & kualiti. Olih itu harganya pun, ada yg murah & ada pula yg mahal.

Antara jenama2 yg ada dipasaran spt Olympic, Shakespeare, Ryoby & Sigma yg dibuat di negeri Jepun. D.A.M. buatan Jerman, Mitchell buatan Itali, Penn & Eagle Claw buatan Amerika & ABU buatan Sweden. Jenama2 yg terkenal mengeluarkan peralatan yg lengkap dari joran, kekili, tali, swivel hingga keperalatan yg lain. Walaupun pengeluar mengeluarkan peralatan yg lengkap tetapi dlm pasaran tempatan bergantung kpd permintaan pengail & populariti alat2 berkenaan. Olih sebab itu setengah2 jenama hanya sebahagian sahaja drpd peralatan tersebut bolih didapati. Ada juga setengah2 jenama mengeluarkan majallah2 yg menerangkan tentang jenama mereka. Kita bolih mendapat bahan rujukan ini drpd agen2 mereka di negara kita. Peralatan memancing dibuat bagi tujuan2 tertentu mengikut jenis & kelas memancing. Joran, kekili & tali sepatutnya seimbang mengikut jenis, kelas atau aksi memancing yg hendak diceburi.

Olih itu jika berhajat utk membeli peralatan memancing, pastikan apakah jenis atau kelas memancing yg akan diceburi supaya dapat membuat pilihan yg betul iaitu membeli peralatan yg seimbang.Sebagai contoh:Joran aksi rengan, kekili aksi berat (multiplier) & tali 0.9 kg. Cuba fikir apakah silapnya dari segi kombinasi peralatan tersebut?. Kalau dicantumkan peralatan tersebut, dan menjadi satu kombinasi, sudah tentu ikan dlm air tergelak sekiranya ikan pandai ketawa. Anda sendiri akan merasa tidak selesa apabila menggunakan kombinasi itu. Kenapa?. Kerana alat2 tersebut tidak seimbang diantara satu sama lain. Utk panduan membeli peralatan memancing, eloklah merujuk buku2, majallah2 atau rakan2 kaki pancing terlebih dahulu. Walaubagai mana pun ini bukanlah satu peraturan yg ketat, yg memaksa membeli peralatan seimbang drpd satu jenama sahaja. Dengan penerangan diatas kita bolih mendapatkan gambaran & membayangkan jenis atau kelas yg dikehendaki & seterusnya membeli peralatan yg sesuai.Jika berniat utk memancing ikan dari kelas sederhana berat, maka joran, kekili, tali & mata pancing serta umpan patutlah drpd kelas sederhana berat yg seimbang diantara satu dgn lain. Bolih juga membeli peralatan drpd jenama yg berlainan & menggunakannya sebagai satu kombinasi. Apabila menggunakan peralatan memancing yg seimbang mengikut kelas yg telah ditentukan, kita akan dapat merasakan keselesaan & kepuasan yg maksimum.

Ramai yg beranggapan bahawa membeli alat pancing yg murah sudah memadai utk memenuhi hobi memancing. Mereka mungkin ada alasan2 tersendiri. Tetapi dari pengalaman, sebenarnya tidak rugi jika 'melabur' dgn membeli peralatan yg mahal, ini kerana jenama2 yg terkenal yg berharga tinggi telah membuktikan kemampuan dari segi ketahanan & keberkesanannya.Joran atau kekili yg murah, kebiasaannya tidak berfungsi dgn baik apabila kita benar2 memerlukannya. 'Umur'nya juga tidak dapat bertahan lama atau mungkin silap kita juga kerana barang murah kurang disayangi. Penjagaannya juga agak kurang, sebaliknya kalau alat mahal, sudah tentu kita akan memberi penjagaan yg lebih. Kpd kaki pancing, berapa banyak joran atau kekili yg telah dibeli sejak 5 tahun kebelakangan ini. Lihat apa jenisnya & sudahkah peralatan itu memberi kepuasan kpd anda.

Contoh kombinasi peralatan memancing. Jenama berlainan: Joran: UGLY STICK. Joran aksi menengah. Kekili: ABU AMBASSADEUR 7000. Multiplier reel. Tali: D.A.M. Steelpower 11.25kg Jenama yang sama: Joran: ABU 282. Joran aksi ringan. Kekili: ABU CARDINAL 55. Open reel. Tali: ABU ABULON 5.4kg.

Wednesday, May 28, 2008

Mat Salleh + Haruan + Juasseh

Tarikh & Masa : 25 hb Mei 2008(Ahad)/10 pagi sehingga 12 tengahari
Lokasi : Juasseh, N.Sembilan
Aktiviti : Memancing/Casting Haruan bersama Bangtih @ Zaki & Sylwester
Pengenalan: Laporan ringkas ni bertaraf karate-do tali pinggang putih sahaja (beginner), dengan aktiviti memancingnya pun tahap cipan je..saje test bagi laporan..heheAdik saya bawak mat salleh dari tempat kerja dia ke rumah di kampong..mamat tu sibuk nak merasa suasana di kampong sebelum balik ke Poland..pagi Ahad tu kita orang bertiga meredah sekejap semak samun pergi spot haruan..pergi mancing main tangkap muat je..kelengkapan mancing pun tersilap bawak..hehe
Katak..hehe

Comel la pulak..

Aduih la terpaksa cucuk..

Kesiannnya..ada cara lain ke nak lekatkan kat mata kail tanpa mencederakan katak ni..ikat je boleh ke? jadi pasang niat je la nak gunakan katak ini supaya dapat haruan,lepas tu haruan tu kita boleh makan..

Mencasting haruan namanya..casting selagi terlarat..4/5 kali ikan telan umpan..tapi tak melekat..dah melekat sangkut pulak kat tunggul kayu..aduih la..dah la guna kekili siri 4500..tali pun 50 paun..berat & tali pun asyik nak berpintal..tangan lenguh..nak betulkan tali lagi..nyamuk lagi..hehe..

Mat Salleh ni bukan kaki pancing ape lagi casting..mula mula sampai pun dah siap ketawa..siap kata air paya ni dirty...tolong pasangkan umpan katak dia..dia baling dekat je..karau..tapi bila ntah balingan kali keberapa dah siap boleh casting beruk.. Haa..bangtih jugak yang dapat naikkan haruan..nak harapkan mat salleh tu!!!..hehe..kekili saiz besar..rod udang pulak tu..tak leh masuk tempat grip kekili ke rod tu..ikat dengan getah bulat je..punya la seksa nak casting..hehe
Huih dapat jugak dia..tapi dapat tumpang bergambar je la..hehe..baru dia percaya lokasi ni ada ikan..

Ambil gambar dekat sket la..bagi nampak ikan tu betul betul besar..hehe

Sambung lagi casting...baru Mat Salleh ni excited..betul betul dia concentrate..siap casting lagi..lagi dan lagi.. Orang lain dah berhenti dah..dia masih lagi casting..dah mula nak ketagih la ni..hehe..6 kali umpan dia ni kena sambar..tapi tarik je tak melekat..mana tak tension..feel ikan tarik umpan dapat la rasa..tapi ikannya tak mau naik ke darat..dah dekat depan mata pun still lepas..setiap kali lepas..almost i catch it..jadilah almost 1..almost 2..almost 3..almost 4..almost 5..dan almost 6..dapat feel ralat jo la...hehe ..tak tau lah aku nak komen..aku pun bukan reti sangat casting ni..baru je ketagihnya..banyak yang tak tau..hehe..

Begitulah kesudahannya..1 ekor je dapatnya pun..sebenarnya aku pun kumpau..haha...kelengkapannya pun tak betul bawak..mancing 2 jam je dari pukul 10 pagi ke 12 tengahari..lain kali la pulak mancing lagi..ajak bangla la pulak..hehe..tapi kira mat salleh ni teruja la jugak dengan aktiviti memancing tu..dah mula nampak ciri ciri ketagihan, payah nak berhenti @ dia yang terakhir berhenti casting tengahari tu..berharap je dia dapat naikkan haruan..bagitulah ceritonya..jika bosan laporan ni atau poyo..kok nyosal baco,sorry yo...hehe
Balik layan Zafran makan durian..hehe





Tuesday, May 27, 2008

Daiwa Opus Bull 4500

Reel ni walaupun keterangan kata sesuai untuk jigging..tapi sebenarnya mcm tak berapa sesuai sebab berat..sesuai untuk kegunaan mancing laut, kira reel ni murahlah la berbanding reel yg lain lain..sesuai la dengan aku punya bajet..dan max drag 15 kilo..leh guna untuk bottom/hanyut..ni dulu beli sebab nak g mancing kat pangkor..


Opus Bull

The rigors of wild destinations, sand, salt, sun and the chance of big fish encounters are lapped up by the new Daiwa Opus Bull saltwater threadlines. These full metal construction large high capacity reels are ideal for jigging, poppering or heavy boat fishing. They offer a full range of Daiwa’s hottest features like Airbail, Twistbuster and ABS at an unbelievably hot price.
This year Daiwa also release matched and balanced Opus Bull rods to compliment these brilliant reels.
Hardbodyz aluminum body and side plate
Aluminum rotor
ABS machined aluminum spool
Machined aluminum handle with rubber power knob
Airbail
Dual stopper infinite anti-reverse
3 sealed stainless steel ball bearings
Stainless steel main shaft
Stainless steel screws
Metal rear cover

Model No. Bearing Gear Ratio Max Drag Line Capacity lb(mm)-yards/m
OPB4500 3SSBB + 1RB 4.6 : 1 15Kg 12(0.32)-360/330, 14(0.35)-290/270, 17(0.40)-220/200


http://www.daiwafishing.com.au/daiwa.cfm?page=reels&reels=saltwater&product=OpusBull

Monday, May 26, 2008

Kata Kata Aluan

Alhamdulillah..akhirnya blog Alel2008 ini telah diwujudkan pada hari ini 26 hb Mei 2008...semoga secebis dari kehidupan dan kenangan hidup saya dapat dapat dilampirkan di dalam blog ini...tak adalah banyak sangat kenangan manisnya pun..tapi ini lah peluang untuk saya merujuk semula kenangan kenangan ini di hari hari yang mendatang mungkin 5..10..15 tahun lagi?..insyaallah..banyak aktiviti memancing je lah ni dalam blog ni kot..haha..sekian dulu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...