Walau di mana sahaja..dari lopak hinggalah ke lautan samudera..ianya terduga, kadang mengasyikkan jua..walau pun hati dah tentulah kecewa..usah ditanya bila akhirnya..KUMPAU!!!!, terimalah ia seadanya...hehehe


OTHERS


http://www.pancing.net/index.php?PHPSESSID=c41366419410a82deb784105f697cb18&topic=15980.0



A
air besar (springtide) keadaan dimana paras air tertinggi pada permulaan bulan dan bulan penuh/mengambang
air mati (neap tide) keadaan dimana paras pasang surut adalah rendah, 7 dan 21 bulan hijrah
Alhamdulillah selamat pergi dan balik mancing, dimurahi rezeki walaupun sikit/kecil dan juga tanda terima kasih yang sedekah ikan untuk kita hehehehe
amoi (barramundi) gelaran untuk ikan siakap putih    

B
baling pancing (cast) melontar umpan ke sasaran
bangau, membangau (flamingo) keadaan dimana pemancing tidak mendapat tarikan ikan apabila memancing
bangla (electric reel) gelaran untuk kekili elektrik
batang pancing (rod) batang yang digunakan untuk memancing
batu karang (corals) bukan penyakit batu karang tu… hehehe
batu ladung (lead) pemberat yang digunakan semasa memancing, selalunya dibuat daripada timah
boron (giant grouper) gelaran ikan kertang/kerapu besar
bulu (skirt) apa – apa yang diletak pada mata kail untuk menarik perhatian ikan seperti bulu ayam, plastik yang dibentuk seperti sotong dan sebagainya
buntat  tangkal yang digunakan pemancing… betul ke ni

C
casting (casting) suatu gaya pancingan untuk memanjangkan tangan
cili (swivel) alat yang digunakan untuk memegang matakail atau umpan tiruan
cincin (rod rings) cincin yang terdapat pada batang pancing untuk memudahkan tali melaluinya
cincin kunci (split ring) cincin yang selalu diguna untuk menyambung umpan tiruan dengan mata kail

D
drag belakang (reardrag) terdapat pada belakang kekili mendatar
drag hadapan (frontdrag) terdapat pada hadapan kekili mendatar
dugong gelaran ikan tongsan sisik halus

E
empangan (dam) kawasan tadahan air yang diambil dari sungai

G
gancu (gaff) peralatan yang digunakan untuk mendaratkan ikan
gelendung (spool) bahagian mengisi tali pancing pada kekili
getuan (nibble) bila melihat hujung joran bergetar perlahan
gewang (lure) umpan tiruan
glamour gelaran ikan gelama
GPS (global positioning system) peralatan elektronik yang digunakan untuk menjejak kedudukan menggunakan setelit

H
harness (harness) peralatan yg diguna untuk keselamatan joran di bot
hilir sungai (downstream) bahagian sungai yang di sebelah bawah
hulu sungai (upstream) bahagian atas sungai

I
ikan (fish) sasaran utama pemancing
ikatan (knot) kaedah yang diguna untuk menyambung tali pancing ke matakail, cili, tali perambut dan sebagainya

J
janggut (spinnerbait) umpan tiruan yang menggabungkan matakail, kepingan besi pemutar (spinner) dan bulu (skirt)
jenggo (freshwater prawn) gelaran untuk udang galah
jeritan di kolam: depan jauh ayat lazim kaki kolam bila ikan bawak lari tali ke arah depan dan jauh.
jeritan di kolam: kanan jauh ayat lazim kaki kolam bila ikan bawak lari tali ke arah kanan dan jauh.
jeritan di kolam: kiri jauh ayat lazim kaki kolam bila ikan bawak lari tali ke arah kiri dan jauh.
jeti (jetty) kawasan pendaratan bot dan juga menjadi kawasan memancing disesetengah tempat

K
kapal karam (shipwreck) lubuk yang digemari oleh pemancing
kapal selam gelaran untuk ikan aruantasek
katak terbang (artificial frog) umpan tiruan menyerupai katak yang ditambah kekipas(propeller)
KDN (wife) isteri pemancing
kekili bongkok (lpbc - low profile baitcasting) kekili yang menyerupai kekili menegak yang berbentuk bujur
kekili elektrik (electric reel) kekili yg menggunakan kuasa elektrik/bateri
kekili menegak (multiplier) kekili yang mempunyai gelendung ditengah
kekili mendatar (spinning reel) kekili yang mempunyai gelendung dihadapan
kelong  tempat yang biasa digunakan oleh nelayan untuk menangkap ikan, pemancing menjadikannya pelantar(platform) untuk memancing ikan
komplot (fishing gang) rancangan memancing yang disertai oleh beberapa pemancing
koyan (handline) satu kaedah memancing tanpa menggunakan joran dan kekili
kucah keadaan laut yang bergelora/ombak tinggi
kumpau kegagalan dalam aktiviti/trip memancing

L
leher joran (reel seat) bahagian pada batang joran yang digunakan untuk meletak/mengunci kekili
lubuk (fishing spot) kawasan berpotensi mempunyai habitat sasaran pemancing

M
mabuk laut (seasick) keadaan dimana kita berasa pening, loya dan termuntah di laut... bukan sebab todi atau brendi dan sebagainya
masak kari (sick of waiting) lama menunggu, sakit menunggu
mata bom sejenis perambut dimana terdapat 2 atau lebih matakail yang dikumpulkan bagi memegang umpan
mata lingkar (circle hook) matakail yang mana hujungnya mengarah kedalam, penggunaan matakail ini tidak memerlukan pemancing melakukan sentapan, mangsa akan tercangkuk dengan sendirinya
mata rambai (Apollo/sabiki) sejenis perambut dimana matakail akan diletakkan secara tersusun dari atas ke bawah, biasanya melebihi 2 matakail
matakail (hook) peralatan yang diguna untuk menyangkut umpan, peralatan untuk melekatkan ikan pada pancing anda
memancing (angle) mengail menggunakan joran dan mata kail
mengunjun (jigging) perbuatan menyentak-nyentak umpan tiruan supaya kelihatan hidup
menyambar (bite) istilah yang pemancing guna apabila ikan menggigit umpan
mesin katak kekili yang mana mengeluarkan bunyi drag yang kuat dan nyaring
mihoon (noodle/bird’s nest) tali bersimpul kat gelendung kekili
miscall pemancing tiada kredit nak ajak pemancing lain pergi memancing

N
ngeteh, yamcha berborak-borak sambil minum teh, tidak semestinya teh... kopi pun boleh, tongkat ali ke, air koko ke

O
otai (old timer) orang lama

P
pancang (rod rest) peralatan yang digunakan untuk meletak joran, pancang besi selalu digunakan di kolam dan sungai, ada juga menggunakan ranting kayu sebagai pancang
pancing dasar (bottom fishing) kaedah memancing dimana umpan akan dibiarkan berada didasar laut/kolam/sungai
pancing hanyut (drift-fishing) satu teknik memancing dengan membiarkan umpan hanyut mengikut arus
pancing layang (fly-fishing) gaya pancingan menggunakan umpan layang
pancing tunda (trolling) satu teknik memancing dengan menarik umpan dari belakang bot yang sedang bergerak
pasang pancing (rig) cara kita mempersiapkan alat pancing kita mengikut cara/teknik yang bakal diguna
pelampung (float) alat yang digunakan untuk membantu agar umpan tidak tenggelam
pemancing (angler) pengail
penahan pusat (chastity belt) gelaran untuk harness
pengapit (sleeve) benda yang diguna untuk mengikat perambut dawai
penyeri pnet ahli wanita pancing.net
peralatan pancing (gear) kelengkapan yang digunakan untuk memancing
perambut (leader) bahagian terakhir  yang disambungkan pada tali utama untuk menampung matakail dan umpan
perambut kejutan (shockleader) perambut yang digunakan untuk menyerap tekanan mengejut daripada sambaran ikan
popper (popper) umpan tiruan yang digayakan pada permukaan air

R
radar (bite alarm) peralatan untuk pemancing mengesan getuan ikan seperti straw minuman,  plastesin, loceng dan sebagainya
rasuah (chumming) kaedah yang dipraktik dengan menabur/meletak umpan untuk menarik perhatian ikan
reba kawasan yang mempunyai ranting/rumput di dasar air.
rembat, sentap (strike) aksi menggerakkan batang joran kearah berlawanan untuk memastikan matakail mengena pada sasaran
rod holder (rod holder) peralatan yang digunakan untuk meletak joran, selalunya digunakan apabila memancing di atas bot
roti potong dadu roti sandwich yg dipotong kecil2 berbentuk empatsegi... selalunya diguna sebagai umpan asas sebelum dicampur/spray dgn sos tertentu... seperti penggunaan perisa pandan/strawberi/pisang dan sebagainya
ruat (worm) sejenis cacing bakau

S
sangkut (snag) bila kita mengalami keadaan tidak dapat tarik tali yang mana matakail mungkin tersangkut sesuatu
sailang beli, mengena, mendapatkan sesuatu
sesudu (spoon) umpan tiruan yang dibuat daripada kepingan besi menyerupai sudu
skodeng hanya memerhati tanpa berforum di pancing.net
sonar (sonar) alat untuk mengesan objek di dalam air
SP (soft plastic) umpan tiruan diperbuat dari plastik lembut menyerupai anak ikan, cacing, katak dan sebagainya serta digandingkan dengan matakail unjun (jighook)
spinner (spinner) umpan tiruan yang berputar
sukhoi (spanish mackerel) gelaran ikan tenggiri

T
tahap gaban (horror level) tahap yang melampau
tali benang (braided line) tali pancing yang kelihatan seperti benang
tali hantu (flourocarbon line) tali pancing yang halimunan, dimana ianya tidak kelihatan didalam air
tali pancing (line) tali yang digunakan untuk memancing
tali tangsi (monofilament) tali pancing yg secara asasnya macam plastik
tali utama (main line) tali yang diisi dlam gelendung kekili
tangguk (landing net) alat yang digunakan untuk mendaratkan ikan
tangkap dan lepas (CNR – catch and release) satu kaedah memancing yang berhemah dimana ikan yang dipancing akan dilepaskan kembali ke habitat asalnya
tangkapan (catch) hasil yang diperolehi dari aktiviti memancing
teknik apung satu teknik memancing dimana umpan akan berada di permukaan air
tekong (skipper) ketua kumpulan yg membawa sekumpulan pemancing atau kapten yang memandu bot
tengasmerah ahli pancing.net, merupakan otai/sifu pancingan haruan, terkenal dengan keramahan dan ' Grin ' sentiasa menghiasi pada setiap topik
terumbu karang (reef) kawasan yang banyak batu karang
torpedo gelaran untuk sotong jarum
tuan (sir) kata ganti nama bagi memanggil ahli pancing.net didalam forum

U
umpan (bait) merujuk kepada benda yang digunakan untuk menangkap ikan sepeti cacing, udang, gewang dan sebagainya
umpan dedak (dough bait) umpan menggunakan ramuan dedak seperti dedak ayam, ikan serta lain-lain juga dicampur dengan bahan-bahan perasa yang lain
umpan hidup (livebait) makhluk hidup yang dijadikan umpan seperti anak ikan, udang, sotong, cacing, cengkerik dan sebagainya
umpan layang (fly) umpan tiruan yang menyerupai serangga
umpan tapa (fermented bait) umpan yang diperbuat dari anak ikan, perut ayam, isi ikan, buah-buahan dan sebagainya lalu diperam untuk tempoh tertentu sehingga menghasilkan aroma bau yang boleh menarik perhatian ikan sasaran
umpun-umpun, punpun, perumpun (worm) sejenis cacing bakau
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...