Walau di mana sahaja..dari lopak hinggalah ke lautan samudera..ianya terduga, kadang mengasyikkan jua..walau pun hati dah tentulah kecewa..usah ditanya bila akhirnya..KUMPAU!!!!, terimalah ia seadanya...hehehe


Wednesday, July 9, 2008

Kumpau Antarabangsa

Lokasi : Kolam Bukit Antarabangsa 2008

Tarikh & Tempoh: 07 Sept'08 / Pagi buta dah tercongok
Bot & Tekong :
Aktiviti : Membangau peringkat Antarabangsa
Peserta : Aku & Bangtih & Man
Ringkasan : Ini adalah antara aksi kumpau di tahap tertinggi..masih terasa & terbayang bayang sampei ke hari ni..fuhh
Pemandangan kolam
Menunggu dengan penuh kesabaran dan berkobar kobar kerana sewaktu sampai tu ada mamat baru naikkan pacu tak silap saiznya dalam 10 kilo
Senyum pahit..kekecewaan yang tak dapat dibendung lagi..penuh meluap luap

Ni umpan roti tidak sepatutnya dikepal..sepatutnya letak je di mata kail cebisan kemas roti supaya ia naik sket terapung..Umpan dedak jangan lebih tepung dari dedak..antara punca kumpau yang telah dikenal pasti..

Atau selipar branded ni yang sepatutnya ni dijadikan umpan..adohaii..balik tido lagi bestttt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...