Walau di mana sahaja..dari lopak hinggalah ke lautan samudera..ianya terduga, kadang mengasyikkan jua..walau pun hati dah tentulah kecewa..usah ditanya bila akhirnya..KUMPAU!!!!, terimalah ia seadanya...hehehe


Sunday, June 28, 2009

Menjala Empang Bangkung

Lokasi : Menjala Empang Bangkung
Tarikh & Tempoh: 28 Jun 2009 / dari 8 - 11 pagi
Aktiviti : Menjala Ikan Sungai
Peserta : Abah/Man/Zahar/Bangtih/Helmi/Ayie/Aku

Empangan ni dibuka untuk dilepaskan air takungan..katanya untuk dilepaskan te tali air untuk ke sawah..jadi seperti biasa ramai yang mengambil kesempatan untuk menjala/tangguk ikan ikan sungai yang kelam kabut + pening pening lalat...dianggarkan melebihi 100 orang kaki kaki jala yang turun bagaikan berpesta..banyak juga tangkapan yg masing masing perolehi..yang sempat dirakamkan (mcm reporter pulak) antaranya baung hampir sekilo..sebarau banyak tapi tak jumpa yg besar..lampam sekilo lebih..tongsan melebihi 4 kilo..banyak lagi ikan ikan sungai yg lain...


ahlul

Ni nak menangguk ke apo ni

Baung


Belas ekor gak Bangtih dengan Man dapat setiap sorang..oklah untuk junior


Baru nak ramei orang


Seterusnya sila rujuk kat dalam slide..hehe
p/:- Kat Slide Show tu tekan +, untuk lajukan slide..& gunakan - untuk slowkan..guna mouse untuk letakkan cursor atas gambar untuk baca keterangan.


Tuesday, June 9, 2009

Bercuti dan Mancing di Kuantan-6/7/8 Jun 2009

Lokasi : Persekitaran Perairan Sg. Ular, Kuantan (Sebenarnya Jugak Trip Bercuti ke Kuantan Ke Rumah Angah & Linda..semua ada kecuali Zahar, ayah si Berbatov)
Tarikh & Tempoh: 6 Jun 2009 / 1 Hari Siang dari Pukul 8 sampai ke hampir ke pukul 5
Bot & Tekong : Tekong Abg Nuar
Kaedah: Bottom/Hanyut Selar/Cuba Cuba Jjigging & Casting Bulu
Peserta : Aku, Angah, Bangtih & Man

Ringkasan:
Trip memancing di Sungai Ular ini dirancang hampir dua bulan sebelumnya..Man & Bangtih tak pernah mancing dari atas bot..Angah pernah beberapa kali termasuk semasa bertugas di Sabah..lama dulu yang pernah mancing bersama di atas bot ni secara suka suka semasa di Pulau Tioman..waktu tu semua mabuk kecuali aku seorang..hakikat sebenarnya kami semua adalah pemancing 'sawah' sahaja..hehe..

Kesempatan ini membolehkan untuk 1st timer tu untuk merasa suasana mancing dari atas bot..mesti kerana tiada pengalaman, masing masing agak terpinga pinga apa yg perlu dilakukan..harapnya sekarang dah tau lah..diharapkan ikan frenzy dan semuanya hanyir kelam kabut melayan ikan..tapi hajatnya tak kesampaian..tak dapat merasa suasana tak menang tangan seperti yang diingini..ikan kasar pun tak dapat dinaikkan..kita hanya mampu merancang, tapi tuhan yang menentukan..tapi kami enjoy..dan tekong abg Nuar pun peramah orangnya...dari Isnin sebelumnya laut bergelombang..sewaktu memancing ini saki baki gelombang masih ada..bila terumbang ambing semasa di atas bot di awal pagi dah ada yang muka kelat..Bangtih dah mabuk dulu..muntah kemudian tido dulu baru ok..terpaksa Tekong Abg Nuar bawak ke tempat lindungan di sebelah pemecah ombak di Pelabuhan Kuantan..sepanjang memancing ni tak kurang 6/7 kali berpindah tempat..ikan tak tau kenapa tak mau makan sangat..bila jengok kat GPS, ikan yang kasar kasar ada lalu di bawah..tak jumpa umpan ke?.. dapatnya Ebek hanya seekor..ikan ikan lain adalah seperti kerapu/kerapu 'India'/kerisi/selar/kunyit/yu bodo/baby barracuda/Ikan tak tau nama..

Semoga trip ini bukanlah trip yang terakhir buat 'dewa dewa kumpau'...harap dapat memancing bersama lagi dari atas bot..terima kasih kepada Angah & Linda terutamanya, & juga seluruh ahli keluarga yang memeriahkan sessi percutian dan memancing ini..

Sekian


p/:- Kat Slide Show tu tekan +, untuk lajukan slide..& gunakan - untuk slowkan..guna mouse untuk letakkan cursor atas gambar untuk baca keterangan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...