Walau di mana sahaja..dari lopak hinggalah ke lautan samudera..ianya terduga, kadang mengasyikkan jua..walau pun hati dah tentulah kecewa..usah ditanya bila akhirnya..KUMPAU!!!!, terimalah ia seadanya...hehehe


Saturday, February 2, 2008

PANDUAN MEMANCING DI LAUT - SWIVEL & PERAMBUT

TAJUK BUKU: MEMANCING DI LAUT.
PENGARANG: AHMAD AKIM.
PENERBIT: EDU SISTEM SDN. BHD.
PENGHARGAAN : TERIMA KASIH BRO NIZAM YANG MENAIPKAN KEDALAM SOFTCOPY UNTUK PANDUAN SEMUA

TIP KEENAM-SWIVEL & PERAMBUT

SWIVEL.
Macam2 rupa & rekabentuk swivel yg digunakan olih pemancing. Bahan yg digunakan juga berbeza2, spt tembaga, loyang & nikel. Pokoknya, swivel perlu dibuat drpd bahan yg tahan karat. Biasanya swivel dibuat dlm tiga bahagian. Bahagian pertama terdiri drpd satu lengkaran disebelah atas yg disambungkan kebahagian kedua. Bahagian kedua merupakan tapak penyambung diantara bahagian satu dgn bahagian ketiga. Bahagian ketiga, sama ada satu lengkaran lain atau drpd jenis yg bolih dibuka & dikatup utk memudahkan pertukaran perambut & mata pancing. Tiap2 bahagian penyambung bolih digerakkan. Lingkaran pertama digunakan utk menyambung tali utama drpd kekili pancing. Fungsinya adalah sebagai penyambung diantara tali utama drpd kekili pancing dgn perambut. Bhg yg bersambung bolih digerakkan utk menghalang tali drpd berputar & berpusing yg pasti melemahkan kekuatan tali. Dgn menggunakan swivel kita bolih menggunakan tali perambut yg lebih besar drpd tali utama. Ia memudahkan utk kita menukar mata pancing & perambut apabila keadaan memerlukan. Contohnya, ikan menelan mata pancing jauh kedalam perut, drpd cuba menanggalkan mata pancing, adalah lebih baik jika kita menanggalkan perambut.
PERAMBUT.
Perambut ialah penyambung diantara tali utama dgn mata pancing. Biasanya disambung melalui swivel. Kerapkali perambut dibuat drpd tali tangsi (monofilament line) yg lebih besar drpd tali utama. Tali perambut yg lebih besar diperlukan apabila memancing ikan2 yg mempunyai bahagian pipi yg tajam. Ikan jenak, kerapu & terutamanya ikan siakap mempunyai bahagian pipi yg sangat tajam spt pisau cukur. Ada juga perambut yg dibuat drpd pintalan besi tulin (stainless steel wire) yg disalut dgn plastik atau ada juga yg tidak bersalut. Ia bolih dibeli dikedai peralatan memancing. Kekuatannya ada berbagai2, terpulanglah kpd keperluan anda. Biasanya, perambut yg telah siap sangat pendek, hanya lebihkurang 15 cm sahaja. Ketahanannya tidak begitu terjamin bergantung kpd cara pembuatannya. Menggunakan perambut yg agak panjang, lebih kerap mengena jika dibandingkan dgn perambut yg pendek. Perambut yg disyorkan panjangnya diantara 46 hingga 61 cm. Mungkin umpan lebih jauh drpd swivel & batu pemberat, ia akan kelihatan lebih 'hidup' apabila dibuai arus.

Friday, February 1, 2008

Koleksi Lokasi Memancing

Puchong PerdanaJeti Tanjung Agas
Sungai Jelai
Jambatan Pulau Indah
Tasik Prima Senja di Pulau PangkorRumah Rakit Kolam Tow FooCasting Kolam Tow Foo
Casting Haruan - GaminEmpangan Talang Ni dah kira menceroboh - TerusanMenjala ikan Sungai - Serting HuluTebar jala - Serting Hulu Jeti Lukut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...