Walau di mana sahaja..dari lopak hinggalah ke lautan samudera..ianya terduga, kadang mengasyikkan jua..walau pun hati dah tentulah kecewa..usah ditanya bila akhirnya..KUMPAU!!!!, terimalah ia seadanya...hehehe


Tuesday, August 25, 2009

Trip ke Pekan 8 & 9 Ogos 2009

Ahli ahli trip dari kiri belakang : Volvo, Edi, Abu, Tilan, sambung ke depan kanan : Azlan, Sofi, Nizam, Nizam Navy


Susulan dari laporan Projek Trip ke Pekan Bersama Team VAT, bertarikh Saturday, July 25, 2009..maka trip ini telah selamat dijayakan pada 8&9 hb Ogos 2009. Kami berlima(saya, edi, nizam, abu, lan) telah bergabung dengan team pancing VAT seramai tiga orang (volvo@radzi nizam navy & sofie)..berbanyak terima kasih kepada bro Volvo yang telah bersusah payah selaku ketua trip untuk mengorganize trip ini dari memberi maklumat tentang setting untuk memancing, mengumpulkan ahli, penyediaan makan minum, tempat tinggal, urusan collection & deal dengan tekong..banyak kerja tu...terima kasih juga buat semua ahli yang menjayakan trip memancing ini..

Tempat kami bermalam sebelum memancing keesokkan harinya..susur masuknya ke kiri sebelum melintasi jambatan sungai pahang nak ke bandar Pekan..selepas petronas peramu di sebelah kiri..lajak nampak Supermarket Eng Hong sebelah kanan..lajak jumpa landmark tayar besar..masuk ke kiri dalam dalam 6 km jumpa jeti..simpang masuk tak macam jalan besar pun..leh masuk sampai jeti lkim kalu nak beli ikan..hehe


Belakangnya sungai Pahang..dekat kuala dah..nampak je..


Sempat belajar FG knot & Mid knot..pukul berapa nak tido ni..


Baru meninggalkan jeti LKIM Pekan..& sebahagian dari peralatan perang..laut tak kucah sangat..



Sembang apo tu, sambil trolling..agaknya menunjuk kat kapal peronda APPM pantai yg baru tu lah..hehe


Mencandat..apollo..bottom..drift..trolling..makan & membuto..hehe


Nizam Navy dengan Tenuk 16 kilo di awal pagi selepas subuh..drift dengan sotong hidup..guna multiplier shimano torium dengan rod xzoga, kalau tak silap..


Azlan dengan Tenuk 23 kilo selang 15 minit dengan Tenuk sebelumnya oleh Nizam Navy..guna multiplier accurate & rod lemax ke ape ntah..fg knot shock leader buatan bro sofie, hee..perhatikan air setenang tasik dibelakang, tetapi keadaan mcmtu paling lama pun 30 min kalau tak silap..



Aksi layan sotong..bagi ahli yang tak pernah naikkan, habis memancutkan dakwat ke diri sendiri atau kawan kawan..guna candat merah & biru paling laris..candat mayat & twist juga sebagai pemberat...kalu suton melekat sampai tiga, tapi guna reel kecik, jenuh juga..

Edi & suton ..

Bro nizam dengan sotong mengabang..


Dah balik kat jeti..


Belakang rumah nak buat pembahagian hasil..


Lagi gambar belakang rumah homestay..


Pembahagian hasil..


Suton memangla banyak..ada mengabang..ada torak ke ape ntah..ada jarum..anggaran dekat 80/90 kilo..ikan karang dalam 30 kilo..tenuk 2 ekor..



Syukur akhir kata trip ini suksess dapat merasa memancing di pekan bersama Team VAT..cuaca cantik menyebelahi kami..tapi ikan je kurang banyak tapi diganti dengan sotong..kami yang selain dari ahli VAT memang dapat pengalaman baru kerana tak pernah mancing di Pekan @ juga mencandat sotong..kawan kawan VAT pun semua sporting habis layan sembang dan kongsi pengalaman dan pengetahuan...insyaallah jika ada rezeki kami bertemu lagi di lain hari..terima kasih sekali lagi kepada semua yang menjayakan trip ini..

Kat Slide Show tu tekan +, untuk lajukan slide..& gunakan - untuk slowkan..guna mouse untuk letakkan cursor atas gambar untuk baca keterangan.




Sunday, August 23, 2009

Mengharuan Kek Juasseh

Lokasi : Mengharuan Juasseh
Tarikh & Tempoh: 22 Aug 2009 (Sabtu Puasa Pertama) / dari 5 lebih petang - sebelum 7 petang
Aktiviti : Casting Haruan
Peserta : Bangtih & Aku

Saje la balik hujung minggu, petang Sabtu puasa pertama tu, pergi casting haruan sekejap..ni pot biasa pergi kalau dah balik ke kampung..umpan guna kata hidup..dapet la 5 hekoq..bleh la layan sementara menunggu waktu berbuka..sepatutnya kat dapurlah tolong sama sediakan hidangan berbuka..hehe..

Pasang umpan

haruan remaja

Besar haruan dari orang


Casting celah celah kayu

3 ekor jo saiz sedang sedang bawak balik


Nak balik dah..simpang 3 Juasseh


Continue pulak 29 Ogos 2009


Angah dengan haruan..dapat jo sekor terus balik Kuantan..hehe


Man dengan haruan


30hb makan angin nak merasa suasana kumpau kat Sg. Rompin Muazzam, sementara tunggu nak berbuka


Saja lepaskan gian mancing jugak 2 org ni..teknik membesarkan saiz ikan

teknik yang gagal..ikannyo masik bersaiz kocik


Balik berbuko la


Sunday, August 16, 2009

Reel Reel Laut Kelas Bawah Pilihan Ramai

Saje suka nak tepek reel spinning mancing laut kelas bawahan mengikut istilah pemancing Malaysia, sebelum katanya kelas pertengahan..tapi biasalah ikut bajet dan kesanggupan masing masing..kalau nak ikutkan memang mahal la jugak kalau dah mencecah RM450..tapi bagi yang memang duit terlebih dan memang mampu, atau kerana memang dah minat walau bajet ciput, sanggup je sampai beli kelas pertengahan RM500 ke atas (ikut kefahaman sayalah), atau high end product beribu seperti Daiwa Saltiga & Shimano Stella...asalkan berkualiti serta berjenama..ikut masing masing..nak rujuk reel mahal g blog lainlah..hehehe

Abu Soron STX40..+-RM300..Gear ratio 5.1:1..Max Drag, 22 Lbs

Penn Sargus 5000, maksimum drag tak diketahui..made in China..range harga dalam +-RM200



Daiwa Fream Exceller 4500 - sesuai untuk jigging selain bottom..range harga dalam RM450


Ryobi AP Power 8000 - baru sangat di pasaran, untuk jigging, sedikit berat berbanding Fream J - harga ekonomi range dalam RM230

Daiwa Fream J 4500 - reel kesukaan ramai dan telah terbukti dengan GT/Tenggiri/layaran dan lain lain ikan kasar di Malaysia, tak berapa sesuai untuk bottom laut dalam dengan batu ladung besar berbanding Shimano Navy 8000 - range harga dalam RM350


Lagi Fream J 4500


Shimano Navy 8000 PG - lagi reel kesukaan ramai untuk jigging/popping/drift/sesuai sket untuk bottom dengan batu ladung sket besar-range harga dalam RM370..


Daiwa Exceller Oceano 4500 J - satu lagi pilihan untuk jigging - range harga dalam RM430


lagi Daiwa Exceller Oceano 4500 J - cun


Ryobi Applause 8000 - antara reel pilihan jigging yang termurah, tapi tak ringan seperti FreaJ - range harga dalam RM230


Daiwa opusbull 4500 - sesuai untuk bottom kerana reel ni berat, dan tahan untuk angkat batu ladung besar sket di laut dalam-sedikit sesuai untuk popping untuk jika terlarat untuk saiz 5500 - ada rekod menaikkan GT dan layaran - range harga RM230


Ryobi Ecusima - sesuai untuk nak belajar mancing laut bottom dengan bajet ciput-range harga dibawah RM150


Tica Dolphin - ada tengok member bawak mancing bottom, walaupun katanya disebabkan spool panjang, jadi dia lebih sesuai untuk surfcasting, ntahlah - range harga dalam RM250 kalau tak silap..




Abu Garcia Cardinal - sesuai untuk bottom & mungkin light jigging - range harga dalam RM250



Banax SX 5000 - reel kesukaan ramai untuk range harga yang murah..beratlah jugak, tapi ada yang bawak layan jigging, mesin ni tak payah risau sangat penjagaannya, boleh dikasar kasarkan walaupun sayang, kerana range harga dalam RM110


Banax GTW 3000 - walaupun siri 3000, tapi besar mcm siri 5000 - selain kegunaaan bottom, ada jugak yang bawak layan jigging - range harga dalam RM200

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...