Walau di mana sahaja..dari lopak hinggalah ke lautan samudera..ianya terduga, kadang mengasyikkan jua..walau pun hati dah tentulah kecewa..usah ditanya bila akhirnya..KUMPAU!!!!, terimalah ia seadanya...hehehe


Sunday, April 19, 2009

Kumpau Berserta Amaran

Di suatu hari menjelang tengah hari pada kalendar masihi 19hb April 2009, secara tanpa perancangan maka dengan secara sebulat suara oleh ahli majlis, suatu keputusan telah dibuat untuk meninjau lokasi di Putrajaya bagi melunaskan aktiviti komplot dihujung minggu.

Semasa singgah di kedai membeli umpan anak keli, dikhabarkan oleh tauke kedai yang di lokasi yang hendak dituju tersebut memang terdapat sebarau selain toman. maka semangat pun berkobar kobar setelah diberikan tunjuk arah oleh tauke kedai tersebut.

Setelah parking kereta dan berasa tidak puashati setelah meninjau sekitar lokasi, maka kami menyusuri sungai sejauh lebih kurang 1 km sehingga tiba di lokasi berikut..

Memang logik lah ni ada sebarau..huhu

Dari kejauhan ada dua India sedang mancing..sepanjang mancing tu dua kali dia rabut
Ketibaan 2 kaki kumpau tahap dewa

Dewa Kumpau sedang kalut nak memulakan aktiviti kumpau

Tak sampai 10 minit casting..sekali ada suara sumbang sound 'sini tak bole mancing..kawasan larangan'..huhu

Aduhla...kena angkut semua barang & hentikan aktiviti casting serta merta..hee..Mamat yang kanan sekali separuh badan je nampak dalam gambar ni sound sini memang tak boleh mancing..kalo boleh mancing aku pun nak mancing sama..hehe...korang tunggu boss aku jap la..dia orang on the way ke sini..dia orang dah nampak ko dari cctv tadi..hehe

Ok lah kitaorang bagi amaran yang sini memang tak boleh mancing..kalo nak ikutkan semua kena kompaun satu kepala RM100..barang pancing semua kena rampas..mamat India dua orang tadi pun dah kena tangkap..kalo korang nak tau sini kita orang dah letak kelah..dah jadi sanctuary kelah sini..hehe..apepun no i/c korang kita ambil..kantoi lain kali tak ada amaran dah..hehe
Muka kebosanan..heheh

Gerak baliklah..singgah jap kat pot yang memang tak best ni..casting guna sesudu..hehe


Ini pakcik Indon mancing lampam..dia sound sini pun ada sebarau dengan toman..hehe

Saki baki aktiviti kumpau selepas di beri amaran..hehe

Saturday, April 11, 2009

Mancing di Pulau Jarak Perak

Lokasi : Persekitaran Pulau Jarak & Pulau Sembilan
Tarikh & Tempoh: 21-23 March 2009 / 3 hari 2 Malam

Bot & Tekong : GT Chaser/Tekong Ah Ho

Aktiviti : Bottom/Jigging/Popping/Appollo/Casting Bulu
Peserta : Aku, Nizam, Zaid, Hilmi & Geng Geng Mesin Bangla Klang (11 orang)
Ringkasan:

Naik dari Bagan Dato' Perak...pergi dalam keadaan tak sihat..pergelangan kaki sakit lagi..belum bebetul sembuh..kekuda lemah..sebab baru lepas kemalangan...sehari sebelum pergi kena demam la pulak..kejap ok..kejap demam di sepanjang trip ini...macam dah tanda awal jer yang seperti biasa akan kumpau...ntahler..janji dapat pergi trip..duk atas bot tengok laut pun dah best..tengok geng bangla bawak batu gedabak turun naik lubuk yang ada hampir 100 meter...yang tak ada mesin letrik ni aduhla mengarau batu naik..dah la demam..hehe

Gt Chaser baru sampei..bot ni bestla..luas..bersih..makan & minum memuaskan hati..nak mandi banyak kali pun tak pe..

Gambo dari dekat..kalo ada astro pun best gak ni..leh tengok game MU dari tengah tengah laut..hehe


Sebelah dalamnya...belakang driver..luas, untuk nak berehat bagi yang 'pelose', memang pun selesa..nak solat berjemaah pun bleh..tempat tido bertingkat..hehe Korang jer la setting..kepala tengah pusing pusing la..setting untuk bottom..untuk popping..untuk jigging.. Antara peralatan perang yang digunakan..dari yang so so sampai ke yang mahal..hehe Mari kita jigging dulu..jigging beramei ramei di bahagian sebelah bot sahaja..jignya saiz 200g..jika tak gunakan setting yang betul, akan memenatkan bila jigging..3 kali turun jig & karau dah penat..kena ambil angin dulu..ini disebabkan oleh saiz jignya dan kedalaman air..tambah lagi kalo reel berat dan rod yang panjang..memang pancit Alahai besornya..tapi 'jasamu dikenang'...hehe Kd Laksamana meninjau bangla..ni kapal laut 3 dimensi TLDM..berbisa, tapi dari jauh dah nampak kerana asapnya banyak..tak halimunan lah.. Ni lah dia bangla Daiwa yang kena tinjau tu..bestnya mat bangla ni boleh bottom..boleh jigging..boleh appollo..popping pun bole ko?..heheTerjaga dari tido sebab dengar bunyi kecoh..rupanya Sifu tengah berusaha menaikkan GT dan akhirnya berjaya..tahniah..jeles woo..tapi kepala tengah ding dong la..dapat la popping sekejap je lepas tu.. Sessi bottom dibawah panas terik...yang paling dalam tengok kat screen mesin letrik sebelah lebih kurang 110m..memang seksa nak naikkan batu saiz 18-24 Kerapu 8.7 naikkan guna Shimano TLD 2 Speed..tahniah buat pemenang jack pot.. Yang ni kerapu 7 kilo ++..timbang bang..jaga kain pelikat jangan lucut Sessi bergambar dengan ikan orang..tak bleh menahan rasa hati nak bergambar..hehe..yang kanan tu pakcik yang sediakan makan minum kita orang..t/kasih.. Besarnya jenahak..hehe..janji tak kumpau Yang ni besar sket Baby haruan tasek Omak todak
Gambar ikan Awal pagi berhampiran dengan Pulau Batu Hitam di Perairan Pulau Sembilan..suasana pagi yang mengasyikkan Bergambar sebelum balik


On the way balik ambil gambar bot..kapitan ah ho bersihkan dulu bot dia sebelum bertolak balik.. bersih jo Sampei dah
Sekian dulu..terima kasih kepada semua yang menjayakan trip ini..penat la menggunakan blog ni..leceh ya amat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...