Walau di mana sahaja..dari lopak hinggalah ke lautan samudera..ianya terduga, kadang mengasyikkan jua..walau pun hati dah tentulah kecewa..usah ditanya bila akhirnya..KUMPAU!!!!, terimalah ia seadanya...hehehe


Friday, May 30, 2008

Trip Mancing Pulau Pangkor - 10 & 11 May 2008

Lokasi : Perairan Pulau Pangkor
Tarikh & Tempoh: 10-11 May 2008 / 2 hari 1 Malam
Bot & Tekong : /
Aktiviti : Bottom/Appollo/Casting Bulu
Peserta : Seramei 10 orang
Cerita Panjang : Petikan dari Laporan Bro Nizam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur kita kepada Allah Swt kerana dengan limpah kurniaNya kita selamat pergi dan balik. Alhamdullilah, trip kita ini walaupun lari dari tujuan asal kita yang sebenar, tetapi tidaklah mengecewakan, tujuan kita untuk pergi memancing ikan tidak lari dan tengoklah hasil yang kita perolehi. Terima kasih juga kepada isteri, dan isteri-isteri masing-masing yang menyukong aktiviti hanyir kita ini. Sekiranya tidak dapat kebenaran darinya, sudah pasti kita tidak akan dapat pergi memancing. Trip kita ke Pulau Sembilan telah bertukar kepada trip Perairan Pulau Pangkor. Olih itu trip ke Pulau Sembilan masih bolih dijalankan kerana kita masih belum sampai ke sana lagi. Keinginan untuk jigging masih belum tertunai dan terlaksana.
Komplot mula berkumpul di rumah Nordin jam 10 malam, 9-5-2008. Setelah semua persiapan diatur dan barang-barang dipunggah kedalam kereta yang berkenaan, maka jam 11.40 mula bergerak dari Pandan Indah ke Lumut melalui jalan pantai Kuala Selangor, Sabak Bernam, Simpang Empat, Lumut Perak. Dipertengahan jalan singgah mengeteh jam 2.30 pagi di Restoren Nasi Kandar (lupa nama). Setelah mengisi perut dan membuang apa yang patut, perjalanan diteruskan dan sampai ke Pekan Lumut jam 4.30 pagi. Masjid berkunci dan komplot berehat di Taman Pekan Lumut sahaja. Setelah azan subuh barulah komplot pergi ke masjid menunaikan solat subuh dan lain-lain apa yang patut, serta membuat persiapan terakhir untuk turun ke laut. Jam 7.30 pagi, komplot pergi bersarapan pagi di Restoran Pekan Lumut. Di samping itu sempat juga pergi ke kedai pancing untuk menambah koleksi pancingan yang tidak cukup.
Setelah selesai bersarapan pagi, semuanya pergi ke Teluk Batik untuk berlepas kelaut. Botnya besar juga dan agak selesalah untuk 10 orang. Jam 8.30 pagi bot pun bertolak kelaut. Menuju ke Pulau Pangkor dahulu untuk mengambil umpan ikan bilis dan kemudian menuju kelubuk ikan cencaru. Maka acara appolo pun bermulalah. Semuanya tekun menangkap ikan cencaru yang bolih dikatakan tak cukup tangan. Setiap kali appolo diturunkan pasti disambut olih cencaru, termasuk cencaru kuda. Hasilnya ikan diperolehi hampir 5 tong coleman, itu satu hasil yang cukup hebat untuk 10 orang. Ikan-ikan lain yang dapat dilokasi ini termasuk anak talang, kerapu, kerisi dan Gt. Jam 2.30 petang, tekong menyediakan makan tengah hari berlaukkan ikan cencaru masak kari. Apa lagi perut pun sudah lapar, sapu dan bedal sajalah.
Tekong ada menghubungi rakan-rakannya yang sudah terdahulu pergi ke Pulau Sembilan, ternyata semuanya kumpau kerana tidak mendapat hasil yang diharapkan. Olih itu tekong memberi alasan bahawa jikalau pergi juga hasilnya pasti mengecewakan. Jam 3.30 petang tekong mengubah labuh, kelubuk baru. Dilubuk ini ikan tidaklah galak sangat kerana arus air semakin laju. Akhirnya tiada ikan yang ingin memakan umpan dipancing. Jam 6.30 petang tekong berpindah ke Pulau Dua. Sampai di Pulau Dua, hari hampir gelap, cuba juga jigging dan casting tetapi tiada ikan yang sudi. Acara bottom pun tiada ikan yang dapat, begitu juga mengendap sotong, seekor pun tiada yang timbul untuk disauk, buat umpan. Makan malam jam 8 malam, ada yang makan nasi dan ada juga yang hanya makan roti bersama kuah kari. Jam 10 malam, ribut datang melanda, apalagi semua angkat joran dan bot pun pindah kehadapan Pangkor Laut. Arus amat laju, batu nombor 9 pun hanyut. Setelah berbincang dengan tekong, maka eloklah balik ke jetty Pulau Pangkor, bolih juga tidur, mengeteh dan melurus-luruskan badan yang sengal-sengal, tidaklah dilambung ombak seperti diatas bot. Sampai di jetty jam 12 tengah malam dan naik kedarat pergi kekedai mengeteh dan ada juga yang makan lagi untuk mengisi perut. Maklumlah kelaut ni perut selalu sahaja lapar sebab mungkin perut kita digoyang olih alun ombak laut. Selepas tu semua tidur dijetty dengan lenanya. Elok saja masing-masing tidur sebelah menyebelah seperti adik-beradik, mungkin ada juga yang teringatkan isteri di rumah yang selesa tidur di atas tilam. Sedangkan di jetty tidur diatas papan yang tidak berlapik dan sejuk tidak berselimut. Siapa yang suruh pergi memancing....
Jam 7 pagi semua naik ke bot dan bot bertolak ke lubuk ikan cencaru semalam. Sesampai di lubuk sudah ada empat ke lima bot yang telah sampai dahulu. Bot dilabuh, appolo diturunkan. Ikan tidak galak seperti semalam. Appolo, appolo, tetapi tiada ikan yang dapat. Ini mungkin disebabkan tidak jauh dari tempat kami ada tiga ke empat bot ikan bilis sedang memukat ikan bilis. Mungkin sebab itulah, ikan-ikan lari entah kemana. Sekiranya kami mula memancing jam ini, sudah tentu untuk mendapatkan ikan se-tong pun susah. Untuk buat lauk makan dibot pun tak cukup. Begitulah nasib nelayan, semalam banyak ikan, hari ini tiada ikan. Kita patut bersyukur dengan apa yang kita nikmati dan ada sekarang berbanding dengan nelayan yang tidak menentu akan rezekinya.
Jam 10 pagi aktivi memancing ini dihentikan. Bot pun bertolak balik ke Teluk Batik. Barang-barang pun dipunggah kedarat dan berkemas-kemas untuk perjalanan pulang. Pergi ke Pekan Lumut dahulu, mandi, membersihkan diri, dan lain-lain di masjid Lumut. Jam 11.30 pagi, semuanya sudah selesai membersihkan diri dan sudah tidak ada bau hanyir, maka kami pun pergi ke Pekan Lumut untuk membeli buah tangan untuk isteri dan anak-anak di rumah. Ramai juga yang memborong, sotong kering, ikan bilis, satay ikan dan lain-lain. Jam 12.30 tengah hari, perut mula rasa lapar semula, maka gerai makan pun dicari. Nasi campur sajian utama dan air cendul mamak pilihan kedua. Setelah selesai makan, kami pun mula bertolak balik. Kebanyakkannya tidur kerana letih dan mengantuk sebab perut sudah kenyang kecuali pemandulah bersembang sendirian melayan mata dan perasaan. Jam 3.30 petang berhenti rehat dan sembahyang di masjid Tanjung Karang. Lepas tu pekena teh dan roti canai dahulu di akhir trip ini. Setelah itu perjalanan pulang diteruskan lagi. Jalan Kuala Selangor ke Sungai Buluh, Kepung agak sesak. Sampai dirumah Nordin jam 6 petang. Maka acara pembahagian hasil pun bermula, dibahagi sama rata untuk 10 orang. Saya harap semuanya berpuas hati setelah mendapat bahagian masing-masing. Terima kasih juga kepada KDN Nordin kerana menyediakan minuman ringan. Setelah bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, masing-masing pun menuju distinasi masing-masing. Begitulah cerita trip kami kali ini, kepada yang teringin untuk menyertai di trip-trip akan datang masuklah menjadi ahli kelab memancing yang ditubuhkan ini. Mengikut perancangan trip yang akan datang pergi ke Rompin Pahang. Sekali lagi ribuan terima kasih untuk ahli yang telah pergi pada trip kali ini. Anda adalah perintis kelab, kecekalan anda saya slut dan kemesraan anda tidak akan saya lupakan. Ahli yang pergi, Nordin Abdul, Nasimudin (Pj hub), Edi Azhar, Md Hatta, Anuar (HQ), Zakaria Awang, Zamrue, Md Amin (Ceras), Ahmad Nizam (Klang) dan Asmawi (Ex-uniphone).
Terima kasih dan jumpa lagi........

Punggah barang ke bot untuk memulakan missi..hehe
Lepak pot belakang best jugak, boleh hanyut umpan hidup
Fuh..ikan apo tu..berapa kilo tu..hehe
Cencaru sudah datang..mari layan cencaru..hehe
Besornya kerapu bro Nordin
Kalau appollo ni panjang lagi talinya..boleh bawak naik 50 ekor sekali gus..
Ikan aper mau naik tu..
Pusat pengiraan ikan siap dengan CCTV..hehe

Adalah 5 tong ikannya..majoritinya cencaru la..syukurrr..
Mari kita Posing dulu beramei ramei sebelum balik..& mudah mudahan berjumpa di trip yang lain..hehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...