Walau di mana sahaja..dari lopak hinggalah ke lautan samudera..ianya terduga, kadang mengasyikkan jua..walau pun hati dah tentulah kecewa..usah ditanya bila akhirnya..KUMPAU!!!!, terimalah ia seadanya...hehehe


Monday, January 1, 2007

PANDUAN MEMANCING DI LAUT - JORAN (Rod)

TAJUK BUKU: MEMANCING DI LAUT.
PENGARANG: AHMAD AKIM.
PENERBIT: EDU SISTEM SDN. BHD.
PENGHARGAAN : TERIMA KASIH BRO NIZAM YANG MENAIPKAN KEDALAM SOFTCOPY UNTUK PANDUAN SEMUA

TIP PERTAMA-JORAN (Rod)
Joran merupakan satu alat wajib yg kerapkali dikaitkan dgn sukan memancing. Bagi orang yg baru dgn kegiatan memancing menganggap semua joran adalah sama sahaja. Hakikatnya setiap joran ada tugas2 tertentu mengikut jenis & berat ikan yg ingin dipancing.
Contoh, memancing dlm sampan atau bot, joran lebih pendek & lebih tegap drpd joran yg digunakan utk mengail udang atau ikan2 kecil. Panjang & pendek joran memainkan peranan menurut tempat pancingan. Kalau memancing ditepi pantai, perlu balingan yg jauh, perlu guna joran yg panjangnya paling kurang 2 meter atau lebih.
Biasanya terdapat 3 jenis joran.1. Joran aksi Berat (heavy action rod)2. Joran aksi Menengah (medium action rod)3. Joran aksi Ringan (light action rod)Joran ada bermacam2 jenis & dibuat drpd pelbagai bahan (material). Biasanya pembuat joran menandakan aksi joran mereka dgn jelas dibahagian pangkal setiap joran.
Tiga jenis joran tadi memiliki 3 sifat utama.1. Joran aksi Parabolik (parabolic action)Ia dikaitkan dgn joran aksi berat. Ia akan melengkong dari pemegang hingga kehujung semasa bertarung dgn ikan besar & berat.2. Joran aksi ditengah.Ia dikaitkan dgn joran aksi menengah. Ia akan melengkong dari bahagian tengah hingga kehujung masa bertarung dgn ikan. Sesuai utk ikan sederhana berat.3. Joran aksi dihujung.Ia dikaitkan dgn joran aksi ringan. Sangat sensitif pd bahagian hujung & sesuai utk memancing ikan yg kecil sahaja.
Dgn adanya teknologi moden, ada banyak joran berkualiti tinggi di pasaran dan harganya pun tinggi juga. Anda bolih memilih salah satu joran yg sesuai dgn anda, tapi bila sudah jadi kaki pancing, satu joran saja tidak mencukupi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...