Walau di mana sahaja..dari lopak hinggalah ke lautan samudera..ianya terduga, kadang mengasyikkan jua..walau pun hati dah tentulah kecewa..usah ditanya bila akhirnya..KUMPAU!!!!, terimalah ia seadanya...hehehe


Monday, May 18, 2009

Pulau Jemur bersama Tekong Pak Abu

Lokasi : Persekitaran Pulau Jemur, Kuala Selangor
Tarikh & Tempoh: 16-17 May 2009 / 2 hari 1 Malam (21/22 bulan Melayu)
Bot & Tekong : Tekong Pak Abu
Kaedah: Bottom
Peserta : Aku, Edi, Nizam, Abu Hanifah & Bro Sudin
Ringkasan:
Mulanya trip ini dirancang untuk berlima bersama dua orang yang kemudiannya menarik diri iaitu Zaid & Pak Ya..akhirnya Abu Hanifah & Bro Sudin melengkapkan korum..berdua dengan Edi dari Bandar Tun Hussin Onn & Seri Kembangan..terus bertolak melalui Puchong ke Jambatan Pulau Pinang di Sunway Pyramid..melalui Federal Highway..susur keluar di Jusco sebelah kanan menuju ke Kapar terus ke Sg. Sembilang..singgah minum di Pekan Sg. Buluh Kuala Selangor sebelum patah semula ke Jeti..tak menunggu lama sehingga Nizam & lain lain termasuk tekong Pak Abu tiba di Jeti....umpan udang pasar..sotong kurita..'kembung madu'..

Keluar dari Jeti Kunci Air Pantai Jeram ke padang pancing sewaktu air telah pasang dalam pukul 10 lebih..kena balik pun 10 pagi keesokannya
Sifu mengajar anak murid membuat perambut..belakang kat Pulau Jemur tu pun ramai yang memancing..Yang nampak Jeti tu bekas Fakulti Marin Unisel..boleh ke sana dengan Pak Din-012-2301826, charge RM15 pergi balik, atau ke Kelong Kupang RM35 pergi balik..


Ikan ketutu..ikan ni naik lebih dari 10 ekor..ni antara Pulau Jemur dan Pulau Tekukur..kat alur dalam..

Ikan sembilang besar dalam sekilo berat
Pak Abu terpaksa ketuk kepala..takut kot ada yang terkena sengat..RM40 injection katanya
Ikan Gelama Selawak..berhampiran Pulau Tekukur, Batu Berantai..

Edi menaikkan ikan Gelama Selawak di penghujung bot
Bergambar bersama tekong..tekong ni asal orang PD..dalam bot melayan lagu apo kono eh jang..hehe

Mesti nak kena ada gambar ikan dan kotak rokok

Sienna dan Sembilang
Gemang ibu..dalam perut mungkin ada telor
Senangin yang dinaikkan menggunakan umpan udang pasar di dasar..selalunya Senangin makan Udang hidup, tapi kalau dah rezeki..hehe
Bro Sudin, itu ikan kecik appa nama?..ikan Gegerut kot?..ni kat lokasi Batu Kassim, yang batu ni hanya kelihatan bila air surut..ni berhadapan Pulau Jemur..

Dah rileks..tapi bro kita ni masih menaikkan ikan
Dah bersiap nak balik dah..tutup muka panas woo

Dah tiba semula ke Jeti..10 pagi lebih la gak

Pusat pengiraan ikan

Syukur dengan hasil yang diperolehi..ada spesis jenahak..senangin..tetanda..bebolos..gelama..gelama papan..selawak..sembilang..gemang..duri..buntal..ape ntah lagi

Lagi gambar ikan

Gambar bot yang digunakan

Trip ni memang enjoy..lokasi dekat dengan Lembah Kelang..kos murah..ikannya ada..tapi jenahaknya masuk 'u' kata tekong..dia pandai main main tarik tali..tekong pun ngam..pari dah kena angkut dengan pukat tunda yang menunda haram berdekatan dengan pantai..memang best..terima kasih Pak Abu dan kengkawan yang menjayakan trip ini...semoga berjumpa lagi..

4 comments:

Mohamad said...

Salam tuan.
Saya amat tertarik dan teringin sekali nak mencuba mancing kat Pulau Jemur Kuala Selangor ini.

So nak minta kalau tak keberatan boleh bagi nom telefon Pak Abu Tekong itu. Saya nak kontek nak try gi sekali kat sana. Saya nie orang baru dan abru nak berjinak dalam pancing air laut nih..

Tuan boleh email no. HP pak Abu kat saya matnorlah@yahoo.com atau boleh sms saya 019-2615865. Matnor.

Harap Tuan tidak keberatan. TK

Tilan said...

Bro Mohamed..saya dah sms..tq

Anonymous said...

Saya juga nak no fon Pak Abu tu tuan, jika buleh...
berapa caj nya untuk 24 jam memancing sekitar Pulau Jemur??

Zul
0162359009
Kuala Lumpur

Anonymous said...

salam....
juga berminat tolong sms no pak abu
tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...