Walau di mana sahaja..dari lopak hinggalah ke lautan samudera..ianya terduga, kadang mengasyikkan jua..walau pun hati dah tentulah kecewa..usah ditanya bila akhirnya..KUMPAU!!!!, terimalah ia seadanya...hehehe


Friday, May 1, 2009

Santai Mancing Udang Galah

Lokasi : 30 minit dari pinggir Lembah Klang
Tarikh & Tempoh: 26 April 2009 / 3 - 7 petang
Bot & Tekong :
Aktiviti : Pancing Udang guna rod ikan dari tebing sungai..hehe
Peserta : Aku & Bangtih

Lokasi ini berdekatan dengan Lembah Klang..jika dari Sri Kembangan hanya mangambil masa 30 min perjalanan..untuk melepaskan gian memancing udang memang ok je..kalau nak pergi trip jauh jauh mancing udang ni ntah bila la ada kesempatannya..jadi bila teringin nak mancing udang atau sepit biru..sinilah tempatnya..Mancing dari tebing sungai sahaja, ikutlah suka nak mancing berapa lama..ada juga kelihatan yang memancing menggunakan sampan & bot..tempat di mana boleh menyewa sampan pun ada..Tapi disebabkan hanya memancing dari tebing dan leceh nak bergerak ke beberapa lokasi..hasilnya tak lah dapat mewah..cukup sekadar merasa 'karan' tarikan sang udang jor lah..

Yang paling rancak udangnya makan umpan sewaktu musimnya lah..& tak pasti ada mengikut bulan ke tidak..dan sewaktu air pasang sehinga kemuncak..air sungai tu berhenti sekejap dalam beberapa minit..sebelum surut..adalah waktu terbaik untuk kerana udangnya tengah galak sewaktu itu..Umpan cacing paling best dan kerang pun boleh juga..

Tunggu umpan di jujut oleh udang galah..baru lepas hujan renyai

Udang yang pertama

Udang lagi

Udang cinonet..direleasekan semula

Layan tido la..tak larat nak mancing..malamnya tak cukup tido..dah kena ajak jugak pergi mancing..jadi ikut jo la..hehe..tapi best je tido kat chalet tepi sungai ni..jangan kena ngap dengan sang bedal dah la..hehe

Sebenarnya hari ni memang tak plan nak mancing udang..sewaktu sampai lokasi ni dah tengahari..air pasang nya pagi, jadi dah terlepas..air sungai dah surut..rod yang digunakan bukan rod udang..jadi terpaksa pendekkan sket perambut supaya senang nampak pergerakan hujung joran menandakan sepit biru tengah menarik umpan..lain kali bawak rod udang, baru syokk...

4 comments:

Unknown said...

poie sini...ado ikan bosa
http://animal.discovery.com/videos/river-monsters-the-powerful-arapaima.html

Anonymous said...

hhahahaha...udang kocik2 loehkn la balik^_^dah la pg xajak den..

Adventure is worthwhile. said...

alo,
area mana brade? takde peta lokasi ke? atau tampat rahsia ni?

Anonymous said...

bro saad,
Banting lah tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...