Walau di mana sahaja..dari lopak hinggalah ke lautan samudera..ianya terduga, kadang mengasyikkan jua..walau pun hati dah tentulah kecewa..usah ditanya bila akhirnya..KUMPAU!!!!, terimalah ia seadanya...hehehe


Monday, May 24, 2010

Trip Kemaman Tak Ribut

Lokasi : Kemaman, Terengganu
Tarikh & Tempoh: 22/23 May 2010 / 5 Petang Sabtu sampei 8 lebih pagi Ahad
Kaedah: Membottom/Drift/Trolling
Ahlul : Gue, Sifu Zaid, Sifu Hilmi, Sifu Awie, Sifu Ijoey (sorry la bro kalau tersilap nama), Adik Awie, Azhar, Wak, Brader Mabuk Laut (kesian)
Kos : Seorang RM130 cover bot/umpan/makan minum/etc & RM40 kos minyak transport

Ringkasan:
Trip kali ini kerana trip sebelumnya gagal sebab alun dan ribut, maka torai sekali lagi, selain jadi trip recce jugak untuk geng Kajang nanti. Alun tak ada, cuaca cantik walaupun hujang dan mendung sepanjang on d way ke Kemaman. Walaupun masa memancing pendek, tapi ada hasil dan padat dengan aktiviti memancing. Banyak jugak yang rabut, putus kat perambut, strike tapi tak lekat, putus tak pakei steel sebab tenggiri makan umpan bottom suton, walaupun dah sampai tepi bot, tali main line laju keluar kemudian zassss rabut dan mata kail owner patah. Apapun memang enjoy trip nih & terima kasih kepada semua ahli yang menjayakannya

Mancing kat pelantar minyak tu..ngeh ngeh..


Bersama 4 sifu di belakang bot..hanya gue sorang yang beginner


Tenggiri ngam 5 kilo

Bro yang peramah..ikan apo tu

Alu alu sirip kuning 6 kilo

Haruan tasik yang menyebabkan banyak perambut ICU..dia kasi belit semua..

Haruan Tasik berapa kilo ntah..salah sekoq yang telah ditimbang bersaiz 6 kilo

Suasana belakang bot

Ikan landuk ke??

Ikan telinga gajah..yang belakang tu tengah menarik apo tu

Tak settle lagik mengepamnya sebelum zassss, rabut

Test trolling tak ado hasil

Add ImageOn d way balik

Singgah makan dulu

Makan satar & layan sembang

Hasil keseluruhan dari trip yg singkat & kotak rokok

1 comment:

gripen said...

waaa..teggiri^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...