Walau di mana sahaja..dari lopak hinggalah ke lautan samudera..ianya terduga, kadang mengasyikkan jua..walau pun hati dah tentulah kecewa..usah ditanya bila akhirnya..KUMPAU!!!!, terimalah ia seadanya...hehehe


Thursday, May 3, 2007

PANDUAN MEMANCING DI LAUT - TALI PANCING (LINE)

TAJUK BUKU: MEMANCING DI LAUT.
PENGARANG: AHMAD AKIM.
PENERBIT: EDU SISTEM SDN. BHD.
PENGHARGAAN : TERIMA KASIH BRO NIZAM YANG MENAIPKAN KEDALAM SOFTCOPY UNTUK PANDUAN SEMUA

TIP KETIGA-TALI PANCING (LINE)

Terdapat dikalangan pengail bercanggah pendapat tentang tali, saiz, tebal diameter tali yg harus digunakan didalam sesuatu trip memancing. Walau bagaimana pun jangan lupa tentang hubungan joran, kekili, tali pancing & ikan tangkapan. Keseimbangan antara perkara2 ini amat penting.Bila memilih tali, pertamanya anda harus memikirkan & membayangkan saiz ikan yg hendak dipancing. Kedua, keupayaan kekili & joran, ketiga, keadaan tempat memancing sama ada kawasan 'reba' (kayu atau tunggul mati dibawah air) atau kawasan yg banyak batu karang. Pengalaman akan mengajar anda tentang tabiat & fighting power yg dimiliki olih ikan2 tertentu. Semua faktor tersebut mempengaruhi anda apabila memilih tali pancing. Disyorkan menggunakan tali yg agak tebal diameternya utk ikan sederhana besar dalam lingkungan berat ikan 5 ke 10 kilo. Kekuatan tali adalah antara 9 hingga 11 kilo. Pilihlah jenama2 yg banyak dipasaran sekarang.Tali yg halus kerapkali mendatangkan kekecewaan. Jika memancing dikawasan lapang, dasar pancingan tidak ada reba atau batu karang, bolihlah menggunakan tali halus. Tetapi kalau kita sudah tahu dasar penuh dengan batu karang & reba, guna tali halus, sudah tentulah putus. Jikalau memancing dilaut dalam pula, kita perlu bersedia utk berhadapan dgn 'raksasa' yg tidak diduga didasar laut. Lagipun ikan didalam air beratnya 5 kilo, semasa bertarung menjadi berganda2 kekuatannya. Walau bagai mana pun, keseimbangan antara joran, kekili & tali perlulah diambil kira.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...