Walau di mana sahaja..dari lopak hinggalah ke lautan samudera..ianya terduga, kadang mengasyikkan jua..walau pun hati dah tentulah kecewa..usah ditanya bila akhirnya..KUMPAU!!!!, terimalah ia seadanya...hehehe


Tuesday, May 29, 2007

PANDUAN MEMANCING DI LAUT - MATA PANCING (HOOK)

TAJUK BUKU: MEMANCING DI LAUT.
PENGARANG: AHMAD AKIM.
PENERBIT: EDU SISTEM SDN. BHD.
PENGHARGAAN : TERIMA KASIH BRO NIZAM YANG MENAIPKAN KEDALAM SOFTCOPY UNTUK PANDUAN SEMUA

TIP KEEMPAT-MATA PANCING (HOOK)

Rahsia memancing yg berjaya adalah pengalaman & pengetahuan tentang teknik serta 'tahu bagaimana' (know how) dlm bidang memancing.Kelebiham ini akan diperolehi setelah bertahun2 berkecimpung dlm aktiviti memancing. Dalam satu trip memancing, sekurang2nya membawa 2 set pancing. Satu set jenis aksi ringan & satu set lagi jenis aksi menengah atau berat. Set jenis ringan ini biasanya di gunakan utk memancing ikan2 kecil yg akan dijadikan umpan utk ikan yg lebih besar. Bolih juga gunakan mata pancing serta umpan yg besar kpd set jenis ini bagi menguji teknik & kebolihan sendiri. Satu set lagi, iaitu set jenis nenengah atau aksi berat memang bertujuan utk memancing ikan yg besar dan sederhana besar. Gunakan set jenis aksi berat dlm kebanyakan masa, logiknya apabila ikan menyambar tentulah yg besar. Inilah rahsia memancing utk mendapatkan ikan yg besar.Perkara ini ada kaitan langsung dgn mata pancing & umpan yg digunakan. Simple logic boleh menerangkan perkara ini: Jika menggunakan mata pancing yg kecil, sudah tentu hanya berupaya mencangkuk umpan yg kecil juga, mungkin perumpun atau anak2 udang sahaja. (Umpan juga perlu dicangkuk dgn cara2 tertentu). Maka, logiknya jika umpan kecil tentulah ikan2 kecil juga yg akan memakan pancing kita. Tambahan pula, perumpun atau udang2 kecil adalah kegemaran ikan2 kecil spt gelama, bebolos & anak2 ikan yg lain. Lainlah kalau memang bertujuan utk menangkap ikan2 kecil sahaja. Set yg kedua gunakan tali yg besar, mata pancing yg besar & umpan juga pastilah besar. Kalau berhajat utk mengumpan jenak, senangin, kerapu, gubal atau siakap yg beratnya antara tiga hingga ke sepuluh kilo, atau ikan pari & ikan2 lain yg beratnya hingga ke tiga puluh kilo. Sebaik2nya menggunakan umpan hidup spt anak ikan, udang yg kasar atau sotong. Anda juga perlu menggunakan mata pancing yg besar. Biasanya menggunakan mata pancing nombor enam. Kalau cuba mengikuti petua diatas, peluang anda akan menjadi lebih cerah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...