Walau di mana sahaja..dari lopak hinggalah ke lautan samudera..ianya terduga, kadang mengasyikkan jua..walau pun hati dah tentulah kecewa..usah ditanya bila akhirnya..KUMPAU!!!!, terimalah ia seadanya...hehehe


Sunday, May 27, 2007

Trip Kelong Ah Yu Tanjong Leman - 2007

Lokasi : Kelong Ah Yu, Tanjung Leman, Mersing
Tarikh & Tempoh: 14 & 15, 2007
Bot & Tekong :
Aktiviti : Membottom
Peserta : Aku/Edi/Azhan/Mazmeer/Farid & Geng
Ringkasan : Bertolak dari KL selepas hujan lebat berkumpul di rumah Azhan dalam pukul 9 malam..terus gerak ke Seremban ambil Mazmeer..makan dulu..terus masuk highway ke Batu Pahat..makan lagi..terus ke mersing untuk solat Subuh..pukul 7 lebih baru tiba di Jeti Tanjung Leman..memancing dari pagi sbatu sampai ke sebelum tengahari ahad..umpan hidup tak bawak..rasanya kena umpan hidup yang terbaik..appollo di kelong tak berapa ada ikan umpan..aktiviti semuanya membottom..

Baru sampei ke Jeti awal pagi..punggah barang dulu..
Bertolak ke KelongSuasana di kelongTerdapat beberapa bot berlabuh
Kawasan dalam kelong yang luas seperti 'dorm'...malamnya layan bola EPL..hehe
Tempat memancing kiri
Tempat memancing kanan..hehe
Luas kelong ni..memang selesaFarid dengan ikan..
Ikan dan kotak rokok.ikan ape ni?
Edi dengan ikan yang pun tidak diketahui jenisnya
Lagi satu ikan yang tidak diketahui ikan ape..ape ke jahilnya..hehe
Lagi dua kelong dari kejauhan

Kelong Tanjung leman ni memang jauhla..jenuh nak sampai ke sini..apepun satu pengalaman yang menarik juga memancing di sini..makan minum sedap..nak mandi selesa..Astro pun ada..cuma umpan jer kena bebetul siap bawak..sebab umpan yang disediakan tak berapa menarik..manakala umpan hidup gagal diperolehi..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...